Video Lelaki Cina Sembelih Ayam, Pejabat Agama Islam Kuantan Tampil Jawab Isu Kekeliruan Orang Ramai! - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Saturday, December 23, 2017

Video Lelaki Cina Sembelih Ayam, Pejabat Agama Islam Kuantan Tampil Jawab Isu Kekeliruan Orang Ramai!


Beberapa hari lalu viral di laman sosial tentang satu rakaman video yang memaparkan penyembelihan ayam yang dilakukan oleh orang bukan Islam. 

Rakaman video tersebut menyaksikan seorang lelaki yang kelihatan seperti lelaki yang berbangsa Cina melakukan penyembelihan ayam di sebuah premis perniagaan yang dikatakan di daerah Kuantan, Pahang.

Akibat tular video tersebut, Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan tampil untuk menjelaskan tentang isu tersebut dengan menegas beberapa fakta yang sangat penting yang wajib diberi perhatian oleh semua orang bagi menyelesaikan kekeliruan orang ramai.



1) Video tersebut adalah merupakan proses penyembelihan di sebuah premis bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Oleh itu, premis tersebut tidak terikat dengan mana-mana piawaian halal dan tiada sebarang tindakan berkaitan halal boleh dikenakan kepada premis tersebut selama tiada sebarang penyalahgunaan perakuan atau penandaan halal dibuat.

2) Jualan ayam itu juga adalah bertumpu di pasar pagi di kawasan tersebut sahaja yang mana majoriti peniaga dan pelanggannya adalah berbangsa Cina.

3) Sijil Pengesahan Halal Malaysia adalah bersifat sukarela, dan tiada sebarang halangan bagi mana-mana pihak untuk menjalankan perniagaan secara sah.

4) Tidak ada mana-mana orang/pihak (sama ada Islam atau bukan Islam) boleh membuat sebarang perakuan, atau menggunakan apa-apa ungkapan atau penandaan bagi menunjukkan bahawa mana-mana makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu adalah halal kecuali setelah diperakui oleh pihak berkuasa yang berwibawa (JAKIM/Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN)).

5) Pihak kami tidak mengesahkan atau menyenaraikan mana-mana premis/pusat jualan, kerana setakat ini tiada mana-mana premis/pusat jualan yang telah mendapat pengesahan halal di daerah ini, pengesahan hanya diberikan kepada syarikat pengeluar sahaja.

6) Para pengguna adalah dinasihatkan membeli ayam yang telah mendapat pengesahan halal daripada JAKIM atau badan-badan Islam luar negara yang diiktiraf JAKIM. Pengguna boleh merujuk kepada label bungkusan atau penandaan yang tertera (rujuk gambar), dan pengguna berhak menolak produk yang tiada penandaan yang jelas atau meragukan dari sudut bekalannya. 

Semakan status halal boleh dibuat melalui laman web www.halal.gov.my

7) Pengguna boleh merujuk panduan pembelian ayam yang pernah dikeluarkan pihak kami

8) Pihak kami juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak dalam perkara ini dan mengharapkan kerjasama baik yang berterusan. Sebarang aduan berkaitan penyalahgunaan perakuan atau penandaan halal boleh diadukan melalui saluran-saluran berikut:

i) Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Pahang,

ii) Pejabat Agama Islam Daerah-daerah,


iii) Pejabat Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang.


9) Akhir sekali, pihak kami memohon kerjasama semua pihak untuk merujuk kepada pihak-pihak yang berautoriti sebelum membuat sebarang sebaran bagi mengelakkan tercetusnya suasana tidak tenteram kepada orang awam.

Terima Kasih.

Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan
Tingkat Bawah,
Bangunan Pejabat Agama Islam Daerah
Jalan Masjid, 25000 Kuantan
Pahang.
Tel: 09-5126770
Fax: 09-5161154

No comments:

Post a Comment