info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Tuesday, December 26, 2017

"Tiba-tiba lampu dan aircond terbuka" - Pengalaman sewa rumah berhantu..


Tahun 2009-2010 kalau tak silap, aku sewa rumah ni dengan kawan aku sorang. Mula2 kitorang nak sewa satu bilik jela pstu share la dua orang, sebab sana normally tuan rumah akan sewakan sebijik rumah tu dalam rm600-rm800 (tu belum msok nak kena byr bil api air lagi kan) tapi tuan rumah tu ckp “sewa la sebijik teros akak bagi murah rm300 je sekali masok api air tiap bulan. Kitorang tak pikir panjang terus cakap okay la sewa sebijik rumah terus, excited pnya pasal+ zaman muda2, zaman enjoy mana la ada nak pikir pasal hantu ke apa kan HAHA.

Rumah tu ruang tamu semua lengkap cuma tempat basuh baju jela tak ada tapi disebabkan rumah parents kitorang dekat jugak area2 sini, kitorang jarang nak balik rumah sewa tu banyak habiskan masa dekat rumah parents masing2. (masa ni baru2 je start kerja konon-konon macam nak berdikari la hidup sendiri, tapi YANG HADO! HAHA, nak makan cuci baju semua carik mak jugak).

Lama2 parents kitorang biseng la dah start marah2, yela sewa rumah sendiri tapi boleh dikatakan hari2 dok balik rumah diorang, baik tak payah sewa berdikari la konon kata mak aku, pikir2 balik betul jugak (yela masa ni tak ada commitment apa2, takat bayar sewa rumah rm150 sorang pastu lebih tu bagi parents then enjoy, pergi kerja semua naik bas) tu yang tak rasa membazir nak bayar sewa rumah tu tiap bulan HAHAHA

So start minggu barunya kitorang pun duduk la balik rumah sewa sana, mula2 tu tak ada apa2 pun yang jadi, duduk macam biasa jer tapi start kawan2 kitorang datang lepak rumah macam2 pulak dengar dari mulot diorang, tapi aku dengan housemate aku buat bodoh jer tak nak percaya sangat sebab tak pernah nampak depan mata kan.

Antara cerita yang diorang bagitau :-

1) Masa dalam toilet nampak macam ada orang pandang (toilet kitrg ada satu tingkap
kecik) bila pandang tingkap tu nampak macam lembaga hitam kat situ.

2)Pastu tengah cuci pinggan malam2 dengan budak2 lari kat luar tapi bila tengok
tingkap kat dapur tak ada pun budak2 kat luar.

3)Bila duduk sorang2 dengar orang ketuk pintu. (rumah kitorang ni antara grill
dengan pintu papan memang jauh tau, tak akan sampai nak ketuk pintu papan
melainkan guna kayu or apa2 yang panjang) ni yang kitorang rasa paling tak
masuk akal lah.

Start dari tu kawan2 kitorang semua tak berani dah lah nak lepak uma kitorang malam2. Aku dengan housemate aku tak ada lah pikir apa2, malas nak layan la cerita2 karut macam tu kan sebab kitorang memang tak pernah kena apa2.

Sampailah satu malam ni:-

Aku balik rumah dalam pukul 12am macam tu kot, tapi kawan aku ni aku bagi nama dia Ara la ye, dia balik lambat malam tu, malam minggu kan apa lagi enjoy la HAHAH >..<. Lepas mandi aku lepak kat ruang tamu tengok TV tetiba aku dengar orang ketuk pintu rumah (pintu kayu), aku dah start rasa tak sedap hati lah kan, beranikan diri tengok luar tak ada apa2, lama siket aku dengar lagi. Aku cakap la “ara jangan main2, kalau kau dah balik masuk terus jela, malam dah ni nanti jiran marah” terus senyap tak ada ketuk2 dah. Aku beranikan diri lagi sekali keluar jenguk tak ada apa2 bila aku masuk balik rumah korang tau apa aku nampak kat lantai???? Tapak kaki budak kecik (macam lepas mandi kaki tak lap keluar toilet kan ada kesan dia) tak pikir panjang amik kunci dengan bag lari keluar lepak kedai mamak. Aku call Ara cerita semua benda, xlama lepas tu dia pun sampai mamak, takut punya pasal kitorang lepak mamak sampai pagi.

Pagi tu kitorang beranikan diri nak balik rumah, sampai jer rumah aku nampak TV dengan lampu semua dah tertutup rapi, macam ada orang masuk rumah tutupkan semua. Tapak kaki tu of course lah hilang dah kan. Aku yakin 100% sebelum aku keluar memang aku tak tutup lampu degan TV tu. Aku memang takut waktu tu tapi aku sedar apa yang aku buat. Mati2 aku yakinkan Ara ni cakap memang aku tutup, Ara memang time tu tak percaya dah cakap aku, dia cakap aku imaginasi je semua benda tu sebab dari cerita kawan2 kitorang yang datang sebelum ni, tu yang sampai aku jadi takut sendiri. Puas aku memikirkan benda yang jadi kat aku, lama2 tu aku assume betul la cakap Ara tu imaginasi aku jela.

Xlama lepas tu benda lain pulak jadi kat aku, bilik kitorang ni masing2 ada aircond lama la and kipas kecik. Tiap malam aku tidur aku pasang aircon bila bangun pagi jer aircon tutup kipas bukak, mula2 aku engat aku mamai ke apa ke lama2 benda ni jadi pelik sebab tak kan la tiap2 malam aku akan bangun untuk pasang kipas and tak kan lah aku tak sedar langsung apa aku buat kan. Nak dijadikan cerita satu malam tu aku mamai mcm nampak tak nampak la apa jadi, tetiba pulak malam tu aku boleh dengar orang bukak pintu bilik tutupkan suis aircon aku celik mata siket nampak susuk tubuh orang berjalan, memang mengigil la aku kan terus tak lena tidur.

Esoknya aku tanya Ara dia ada masuk bilik ker, dia kata mana ada. Bila aku cerita semua kat Ara memang dia tak percaya la kan apa aku cakap, dia ckp “ala imaginasi jer la tu, kalau betul ada hantu tak kan aku tak nampak, meh sini lah datang jumpa aku” sambil gelak2. Aku tegur lah jangan celupar sangat tapi tak diendahkan pulak, so aku assume lagi sekali tu imaginasi aku lah kan.

Malam tu nak dijadikan cerita aku balik2 jer kerja tengok si Ara ni duduk bersila dekat ruang tamu dalam gelap, aku tegur lah dia, dia toleh tengok aku mata dah merah yang amat suara memang lain dah lah, terus aku lari keluar mintak tolong jiran2 panggilkan ustaz.

Ustaz tu sampai jer, kitorang masuk rumah tengok bersepah yang amat, macam kena rompak lah. Carik si Ara dekat dapur tengah makan sampah, nak menangis+takut+nak terkencing aku tengok keadaan Ara tu.

U: Siapa kau!
A: Jangan kacau aku!
U: Kenapa kau kacau dia
A: Dia cabar aku
U: Keluar kau dari badan dia

Bermulalah urusan ustaz dengan “benda” tu. Lama jugak lah, baru keadaan pulih macam biasa. Keluar jer benda tu terus muntah darah si Ara ni dengan sisa2 makanan yang dia makan dari sampah tadi. Ustaz tu tegur kitorang mulut jangan celupur, solat sentiasa insyallah benda tu tak akan ikot dah.

Lepas dari kejadian tu kitorang decide nak stop sewa situ and duduk balik rumah parents kitorang, lagipun parents kitorang memang dah tentang sepenuhnya untuk kami duduk rumah sewa lagi, risau kalau2 jadi perkara macam tu lagi,

Masa kitorang pulang kunci dekat tuan rumah(sekali dengan parents kitorang la jumper owner tu), akak tu macam biasa jer tak ada terkejut ke apa ke kan, mak aku tanya dia apa sejarah rumah ni kan, akak tu macam nak tak nak jer cakap, takat senyum sinis jela. Lepas lama kena desak baru la dia cerita.

Akak tu cakap dulu ada kes bunuh anak beranak dekat sini, punca kena bunuh tak pasti, Lama dah dulu, lepas akak tu beli rumah ni and asyik kena kacau baru dia sewakan dekat orang lain, tapi yang sewa semua tak tahan lama duduk sini. 1 2 bulan mesti pindah. Ada pulak yang cakap bunian yang huni rumah ni. Mana yang betul tak tahu lah yang penting kitorang semua dah selamat and lagi dekatkan diri dengan Allah. Ara memang berubah habis dari banyak cakap terus jadi pendiam, jadi anti social la kata org. Tapi parents dia cakap Ara ni selalu cakap sorang2, tidur selalu mengigau, kata pakar benda tu normal tapi sejauh mana kebenaran dia tak tahu lah.

Aku cadangkan untuk parents dia panggil ustaz tapi ditangguhkan sampai la sekarang, sebabnya aku tak tahu kenapa. Even sampai sekarang kalau aku adatang melawat Ara gitujelah keadaan dia, pergi kerja balik kerja, sampai rumah terkurung dalam bilik. Kesian pulak tengok keadaan dia,nak pangillkan ustaz nanti takot pulak family dia cakap aku ni memandai2, aku harap satu hari nanti Ara jadi normal macam dulu balik la, harap semua doakan benda yang sama yaa, AMIN.

Sampai sini jela cerita aku, sorry la panjang berjelar. Semoga terhibur. Kalau tak seram ampun yaa ni memang pengalaman real aku and kawan aku. Ada lagi few cerita seran lain kalau ada masa aku share lagi, terima kasih banyak. Assalamualaikum.

sumber : fiksyenshasha 

No comments:

Post a Comment