Tak mampu bayar hutang, remaja ini nekad bunuh ahlong! - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Wednesday, December 20, 2017

Tak mampu bayar hutang, remaja ini nekad bunuh ahlong!



Masalah ekonomi yang merudum dan kekangan kewangan yang dialami masyarakat masa kini telah memaksa sesetengah daripada individu untuk berhutang. Kalau berhutang dengan saluran yang betul seperti membuat pinjaman bank dan lain-lain itu tak apalah. Tapi kalau sampai sudah berhutang dengan ah long… ini masalah serius!

Menurut Berita Harian, akibat tertekan diburu ah long kerana gagal menjelaskan hutang-hutangnya, seorang lelaki telah bertindak gila dengan membunuh pengutip hutang tersebut pada 4 Disember lalu.


Dalam kejadian yang berlaku di kawasan Taman Arked, Sungai Petani, Kedah, Muhammad Amirul Khairol Nizam yang baru berusia 19 tahun telah menikam mangsa sehingga mati antara jam 2.30 hingga 3.30 petang.

Dia yang bekerja sebagai penjual ikan telah berhutang dengan mangsa, Liu Chee Wei, 25, sebanyak RM2,000 dan gagal menjelaskan hutangnya apabila terpaksa membayar amaun sebanyak RM26 sehari.

Semasa kejadian berlaku, mangsa dan suspek dikatakan sedang berbincang mengenai masalah pembayaran hutang tersebut sebelum mereka berdua bergelut dan suspek menikam mangsa di dada. Mayat Liu kemudian ditemui dengan kesan tikaman di lorong belakang kawasan perumahan Taman Arked.

Manakala kenderaan mangsa pula telah ditemui berada di belakang semak iaitu beberapa kilometer dari tempat kejadian. Pun begitu, suspek kemudian memutuskan untuk menyerah diri dua hari selepas kejadian berlaku akibat sedar akan kesalahannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik.


Tertuduh kini berhadapan dengan dakwaan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati mandatori. Muhammad Amirul juga tidak dibenarkan diikat jamin oleh mahkamah dan laporan bedah siasat serta kimia akan diserahkan pada 21 Februari tahun hadapan.

Elakkanlah daripada berhutang dengan ah long. Tak pasal-pasal terjebak dalam jenayah seperti ini. - lobakmerah

No comments:

Post a Comment