info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Thursday, December 28, 2017

Tak Dapat Curi Duit Tabung Surau, Pencuri Berang Bakar Al-Quran & Selerakkan


Setiap hari pasti akan ada berita tentang kes kecurian yang berlaku dalam negara kita. Baik di kawasan kampung atau pun di bandar dan di mana-mana sahaja kes mencuri akan berlaku. Malahan, kes sebegini kerap berlaku di tempat-tempat yang tidak mempunyai ramai orang dan kawasan itulah sasaran utama si pencuri untuk melakukan perbuatannya.

Terbaru, sebuah surau yang bernama Surau Al-Hidayah yang terletak di Jalan Pertanian, Taman Universiti, Skudai, dilaporkan telah dipecah masuk oleh pencuri yang turut bertindak dengan menyelerakan Al-Quran dan membakar beberapa buku agama di surau berkenaan sebelum meninggalkan tempat ibadah itu, lapor Berita Harian.


Gambar keadaan surau selepas kes kecurian.
Buku agama dan Al Quran disepahkan
Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada waktu malam, Pengerusi Jawatankuasa Surau Al-Hidayah, Hassan Sabudin memberitahu bahawa beberapa barangan lain yang turut diselerakkan seperti Yassin, Al-Quran dan juga sejadah di bahagian ruang solat jemaah lelaki.

Malahan, jam besar yang terdapat dalam surau tersebut turut dialihkan tempatnya. Melalui pemeriksaan pihak surau, mereka mendapati tabung surau turut mempunyai kesan umpil dengan menggunakan gula-gula getah yang melekat di tabung berkenaan.

Lebih menyedihkan, buku-buku agama ayat suci tafsiran Al-Quran juga dilaporkan turut dibakarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu.


Kesan Al-Quran yang telah dibakar
“Helaian buku agama itu dibakar di laluan bilik air surau yang berada di luar surau, saya tidak pasti bahan bakar apa yang digunakan, namun individu berkenaan menggunakan sesuatu yang dibalut dengan telekung sebelum membakar buku terbabit.

Menurut Hassan lagi, individu berkenaan juga dikatakan tahu akan kedudukan setiap barang-barang yang terdapat dalam surau tersebut termasuk bahagian bilik stor yang tidak berkunci, tabung surau selain turut m, selain turut menyelerakkan al-Quran yang terdapat di sekitar ruangan solat.


Tergamaknya individu ini buat begini terhadap Al-Quran.
Semuanya diselerakkan semata-mata mencari duit.
Beliau menambah, kes yang berlaku ini adalah yang terbesar yang pernah berlaku di surau tersebut semenjak ia mula beroperasi sekitar tahun 1990. Kejadian tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini melainkan hanya beberapa kes kecurian kecil.



Hassan juga mengharapkan yang orang ramai tidak terlalu emosi selepas mendapat tahu akan kejadian itu kerana ianya secara tidak langsung memberi kesan terhadap sensitivti agama sehingga akan mencetuskan ketegangan.

Lebih baik kita serahkan sahaja kepada polis untuk menjalankan siasatan dengan harapan agar kes ini dapat diselesaikan dengan segera.

Setelah siasatan dilakukan di surau tersebut, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lain, berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung dengan kejadian dari kakitangan surau dan suspek dipercayai berang kerana tidak dapat mencuri duit tabung surau yang tersimpan dalam peti besi, lalu bertindak membakar buku-buku agama.

Pihak polis dilaporkan kini sedang giat memburu dan mengesan jejak untuk menangkap pencuri terbabit.

Semoga si pencuri dapat ditangkap dengan segera dan dikenakan hukuman yang setimpal sebelum suspek melakukan perbuatan yang sama di surau lain.

sumber : Facebook

No comments:

Post a Comment