“Saya tak menangis. Selepas solat, saya terus mendukung Harith. Perasaan sangat indah bila dapat kembali memeluknya..” - maitengoklah!

IKLAN

“Saya tak menangis. Selepas solat, saya terus mendukung Harith. Perasaan sangat indah bila dapat kembali memeluknya..”


Sejak Personaliti TV, Farrah Adeeba memuat naik status di Instagram mengenai perjalanan rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF) yang sedang dilaluinya lebih dua minggu lalu, pelbagai kata-kata semangat dan doa menghujani ruangan komen wanita berjiwa cekal ini.

Tidak kira yang sudah bergelar ibu, sedang melalui prosedur rawatan serupa mahupun yang masih belum berkahwin, masing-masing menjentik aura positif buat Farrah.

Bukan mudah bagi public figure sepertinya berkongsi sisi peribadi kepada khalayak mengenai perkara yang agak sensitif bagi kebanyakan wanita ini. Namun, bersandarkan niat untuk mendorong semangat wanita khususnya yang kepingin menimang cahaya mata, dia memberanikan diri berbuat demikian. Apatah lagi, sudah 15 tahun Farrah dan suami berusaha untuk mempunyai zuriat sendiri.


My #ivfjourney was NEVER about motherhood. Because I AM already a mother. And my 2 sons are the best children any mother could ever dream of. Both of them were the ones who gave me strength to go thru ivf. Esp Muhammad, my eldest. He was one of the strongest supporter thru out this journey. Antara paling mengharap jugak. Huhuhu. Dari jumpa dr., belajar inject, teman inject, teman makan ubat, tukang remind ibu jln pelahan lahan, cheered me up during the 2 weeks wait. Semua tu muhammad actively participated. Semangat sgt dia. Aktiviti fav dia selama 2 weeks wait pulak ialah google cari gambar baby yg montel montel dgn ibu. And i was purposely googling baby girl punya pics. Dia tak tau. Hehehehe. He wanted more brothers. Tapi kadang kadang dia redha dgn wish ibu sebab kesian tgk kita go thru pelbagai proceedure. Dia lah antara yg paling frust bila the pregnancy test was negative. When i said Allah nak bagi ibu menantu-menantu & cucu-cucu yg soleh/hah instead, jawapan itu ditolak mentah-mentah. Hahahahahaha... siap membebel penat lah mcm ni, rugi jer, stress jer bla bla bla mcm lah dia yg kena inject bagai for the past 2-3 months. Kita pulak balik balik kena motivate dia 😂 I dont know about other kids, but my muhammad dari kecik will tell me that he loves me on daily basis. Berkali-kali! Masa kecik dulu siap mengigau cakap "ibu i love you". Tidur pun ingat kat ibu 😭 I pun tak cakap sekerap tu kat my own mom (which i should). He is my partner in crime esp bila involving outdoor activities (coz hubby is more an indoor person). He is my bff! P/s: Now we have an additional partner in crime: HARITH. paling best harith partner ibu bab makan. Hahahahaha #motherhood #alwayscountourblessings
A post shared by Farrah Adeeba (@farrahadeeba) on

Mengenali perwatakan Pengusaha Restoran Padangs on Wheels yang sarat dengan sifat ceria, peramah dan tidak jemu mengajak orang ramai ke arah kebaikan membuatkan sesiapa sahaja berasa senang berada di sampingnya. Malah, ketika meminta keizinan Farrah untuk memanfaatkan kisah ini sebagai inspirasi kepada wanita di luar sana jawapan yang diberikan cukup ringkas.

“If it helps those like me, please do.”

Berdasarkan coretan Farrah, meskipun ramai yang reluctant untuk berkongsi mengenai rawatan IVF secara terang-terangan tapi pengacara tv ini mengambil pendekatan berbeza.

Akuinya, pada awal proses rawatan dia terpaksa menyuntik diri sendiri dengan ubat hormon untuk merangsang tumbesaran telur di samping perlu mengambil vitamin dan mengamalkan diet yang tinggi kandungan protein.

Selepas selesai rutin tersebut dan mengenalpasti telur yang sihat dan matang, Farrah kemudian perlu menyuntik ubat hormon sekali lagi dengan dos lebih tinggi.


 

Disebabkan suntikan tersebut, dia pernah pengsan kerana mengalami hypo akibat kemasukkan hormon yang tinggi selain keadaan tubuh yang tidak mendapat kandungan gula mencukupi. Pada 21 Oktober lalu, 2 telur yang telah matang berjaya dihasilkan namun hanya 1 yang survived.
Selepas beberapa hari menanti, alhamdulillah dengan izin Allah dia berjaya melepasi prosedur Embrio Transfer pada 16 November lepas.

KEPUTUSAN IVF

Benarlah, manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Enggan menyalahkan takdir atas apa yang berlaku hari ini, Farrah kuat mengharungi perkhabaran doktor tentang keputusan IVFnya semalam.
“Doktor dah dapat result. Dia tanya hendak whatsapp atau call.

Saya jawab whatsapp pun ok. I just wanted to deal with my feelings on my own. The result was negative. My heart sunk a little. But I never doubted His decision for me. I can’t see the wisdom just yet. It does not matter.

Saya tak menangis. Selepas solat, saya terus mendukung Harith. Perasaan sangat indah bila dapat kembali memeluknya dalam pangkuan selepas dua minggu tak dapat mendukungnya atau mengangkat benda berat. Ya Allah puasnya. Dah 2 minggu duduk baring dekat bilik tamu.

So now, i shall drive!
Saya kemudian telefon mama & mesej ama. Kedua-duanya memberi kata-kata motivasi kepada saya tanpa henti. Tapi ada beberapa momen yang hampir membuatkan saya menangis. Well the 2 weeks were my closest experience to pregnancy I guess.

Saya hanya mahu merasa ‘sempurna’ sebagai seorang wanita sebagaimana yang dilalui wanita lain. I kept asking for what is best. So He gave what is best.

Salam takziah buat Farrah sekeluarga. Moga ada hikmah di sebalik semua ini dan diharapkan agar Farrah terus tabah serta tidak berhenti memberi inspirasi kepada para wanita di luar sana.

7 Perkara Yang Anda Ingin Tahu Tentang Rawatan IVF Di Malaysia

“Dah 5 tahun aku menunggu nak dapatkan zuriat, tapi masih belum ada tanda langsung nak mengandung. Bagaimana buat rawatan IVF di Malaysia? Sesuaikah dengan aku? Bagaimana caranya? Berapa kosnya?”

Penantian seorang cahaya mata bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya bagi pasangan yang telah lama mencuba. Setelah bertahun-tahun menunggu, tentu ramai yang akan mencari alternatif bagi meningkatkan harapan untuk hamil.

7 PERKARA YANG ANDA INGIN TAHU TENTANG RAWATAN IVF DI MALAYSIA

Berikut adalah antara info tentang rawatan IVF di Malaysia.

1. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN RAWATAN IVF?

IVF bermaksud in vitro fertilization, iaitu sebuah proses di mana telur akan disenyawakan di luar rahim, iaitu di dalam makmal. ‘In vitro’ merujuk kepada bekas kaca yang digunakan untuk proses persenyawaan telur yang diambil daripada ovari dan sperma daripada lelaki.

Pada suatu masa dahulu, teknologi diberi gelaran ‘bayi tabung uji’.

Proses berteknologi yang mula mencatat kejayaan pertama di dunia pada 1978 ini telah dibawa ke Malaysia dan menghasilkan kejayaan dengan kelahiran ribuan bayi hingga kini.

2. BAGAIMANA RAWATAN IVF MEMBANTU KESUBURAN?

IVF boleh memberi peluang yang lebih tinggi kepada wanita untuk mengandung jika anda mengalami masalah-masalah berkaitan kesuburan, terutamanya pada bahagian Tiub Fallopio – di mana proses persenyawaan berlaku secara semulajadi.

Rawatan IVF di Malaysia amat disyorkan bagi pasangan yang mengalami keadaan seperti berikut:

Wanita yang mempunyai masalah Tiub Fallopio yang tersumbat atau bermasalah fibroid, PCOS, ataupun endometriosis.
Lelaki yang mengalami masalah pada sperma
Pernah mengambil ubat-ubatan kesuburan seperti clomephine
Pernah melakukan rawatan kesuburan permanian beradas atau IUI (intra uterine insemination) sebanyak 3-4 kali tetapi gagal
Masih tidak dapat hamil selepas 2 tahun dan puncanya masih belum dapat dikenalpasti
rawatan ivf di malaysia

3. PROSEDUR RAWATAN IVF

Melalui kaedah rawatan IVF, sperma dan ovum pasangan suami isteri terlebih dahulu dikeluarkan dan disenyawakan di luar. Anda dan suami boleh menjangka akan meluangkan masa kira-kira setengah hari di klinik untuk prosedur pengeluaran telur dan persenyawaan.

Selepas dua atau tiga hari iaitu setelah embrio terbentuk, ia akan dimasukkan semula ke dalam rahim ibu semasa waktu subur. Jika berjaya, embrio akan berkembang dan melalui kaedah kehamilan seperti biasa.

Ringkasnya, satu kitaran IVF akan memakan tempoh 4 minggu hingga 6 minggu.

Untuk meningkatkan peratusan keberhasilan, kini teknologi ICSI (Intracytoplasmic Sperm Injection) yang lebih canggih turut ditawarkan di mana ia lebih sesuai bagi lelaki yang tidak mengeluarkan banyak sperma hidup.

4. DI MANA BOLEH DAPATKAN RAWATAN IVF DI MALAYSIA?

Menurut Dr Murizah Mohd Zain, setakat tahun 2015 terdapat lebih kurang 35 premis yang mengendalikan perkhidmatan IVF.

Dari jumlah ini, 31 berada di sektor swasta dan bakinya adalah hospital kerajaan. Antara hospital swasta yang terkenal adalah Metro Fertility, KL Fertility Centre, Sun Fert, dan Tropicana Medical Centre.

4 buah hospital yg menawarkan perkhidmatan IVF di sektor kerajaan adalah Hospital Kuala Lumpur, Hospital Likas, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Selain itu, rawatan IVF di Malaysia boleh didapati di klinik LPPKN dan hospital universiti seperti PPUM, HUSM atau HUKM.

5. KOS RAWATAN IVF DI MALAYSIA

Kos di hospital kerajaan adalah rendah berbanding di perkhidmatan swasta kerana pihak kerajaan telah memberi subsidi ubat ubatan. Kos di hospital kerajaan adalah sekitar RM 5,000 (anggaran minima).

Walaubagaimanapun pesakit terpaksa menunggu giliran kerana kes rujukan yang banyak. Sebagai contoh, purata waktu menunggu di Hospital Sultanah Bahiyah adalah setahun.

Sungguhpun rawatan IVF di hospital kerajaan adalah terhad, namun pemeriksaan kesuburan dan rawatan permanian beradas (IUI) disediakan di hampir setiap hospital besar negeri masing-masing.

Bagi hospital swasta pula, kosnya sekitar RM 10,000 hingga RM 20,000.

6. PERATUS KEJAYAAN IVF

Peratus kejayaan IVF bergantung kepada beberapa faktor seperti usia wanita, jenis masalah kesuburan, atau makmal/pusat di mana IVF dilakukan.

Menurut Dr Murizah lagi, pada seorang wanita muda dalam 30 an peratus kejayaan IVF boleh menghampiri 50% manakala untuk wanita berusia 40 dan ke atas peratusnya mungkin hanya 10% sahaja. Jika anda pernah melahirkan anak sebelum ini, peratusan kejayaan anda juga adalah lebih tinggi.

Namun, BabyCenter mencadangkan beberapa cara untuk anda meningkatkan keberkesanan rawatan IVF ini antaranya:

Mencapai BMI yang ideal
Menghentikan pengambilan alkohol dan rokok (termasuklah suami anda)
Mengurangkan pengambilan kafein
Kira Waktu Subur Wanita Supaya Cepat Hamil
Foto Kredit: huffingtonpost.com

7. ADAKAH RAWATAN IVF BERISIKO?

Bayi-bayi yang dilahirkan melalui kaedah IUI, IVF atau ICSI tidak menghadapi apa-apa masalah kesihatan kerana hanya ovum dan sperma disenyawakan di luar tetapi proses pembesaran berjalan seperti biasa di dalam rahim ibunya.

Namun, mungkin terdapat sedikit komplikasi bagi wanita yang menjalani rawatan tersebut.

Contohnya, kesan sampingan daripada ubat kesuburan atau ovarian hyperstimulation syndrome (OHSS) yang menyebabkan anda rasa mual, loya, pening, dan panas badan.

Selain itu, rawatan IVF biasanya akan meningkatkan potensi kehamilan kembar atau kehamilan luar rahim. Namun, anda tidak perlu risau kerana anda akan dipantau dengan teliti oleh doktor anda.

Sumber foto : instagram farrahadeeba


Sumber : http://www.nona.my |https://siraplimau.com
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment