info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, December 25, 2017

Remaja 15 Tahun Gunting Tali Pusat Bayinya Sendiri..


BINTULU: Remaja 15 tahun, dalam keadaan kepenatan dan mengalami trauma yang cukup teruk, remaja itu mengambil gunting dan memotong tali pusat bayinya, sebelum dia membungkus bayi terbabit dalam kain dan di buang di luar rumah, Tanjung Kidurong.

Bayi tidak berdosa itu dibuang oleh ibunya, seorang remaja berusia 15 tahun, akibat tekanan yang melampau kerana dia mengandung, selepas dirogol oleh bapa tirinya, sejak enam tahun lalu.

Lebih memilukan hati apabila bayi yang dibungkus dalam kain itu dibuang dalam tong sampah di hadapan rumahnya sendiri, ketika bayi tersebut masih hidup.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, remaja itu bersalin berseorangan dalam bilik air, di kediaman berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi, Jumaat lalu.
Dalam keadaan kepenatan dan mengalami trauma yang cukup teruk, beliau berkata, remaja itu mengambil gunting dan memotong tali pusat bayinya sendiri, sebelum dia membungkus bayinya terbabit ke dalam kain.

Katanya, kesan tindakan remaja itu, menyebabkan bayi itu meninggal dunia selepas 13 jam berada didalam tong sampah.

Zulkipli berkata, "Siasatan awal mendapati, remaja ini berehat dalam bilik tidur dengan pendarahan berlarutan sehingga jam 9 pagi.
“Kakaknya yang pulang dari kerja curiga melihat keadaan adiknya itu.

"Pendarahan berlarutan menyebabkan kakaknya membawa ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut sehingga membawa kepada pembongkaran kes pembuangan bayi lelaki dalam tong sampah," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Zulkipli ketika mengulas lanjut, berkata siasatan juga mendapati kanak-kanak terbabit menjadi mangsa rogol bapa tirinya yang juga warga asing sejak berusia sembilan tahun.

"Pihak polis masih mengesan bapa tirinya yang berusia 50 tahun itu bagi membantu siasatan kes," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Sumber: Berita Harian Online, Editor: Atila Atasha

No comments:

Post a Comment