Rebus & Bagi Anjing Makan Bayi Sendiri! - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Monday, December 11, 2017

Rebus & Bagi Anjing Makan Bayi Sendiri!


Tidak dapat dibayangkan bagaimana pada zaman serba moden ini, masih ada lagi yang tergamak melakukan perlakuan seperti seorang remaja perempuan di Padang Sidempuan, Medan, Indonesia baru-baru ini.

Mungkin sudah hilang kewarasannya, remaja itu tergamak merebus mayat anak yang baru dilahirkannya.

Malah, dia nekad menjadikan mayat bayi berkenaan sebagai santapan buat anjing peliharaan jirannya.

Seorang saksi yang dikenali sebagai Ardi mendakwa terlihat anjing berkenaan menggonggong mayat tersebut ke hadapan rumah tuannya.

“Saya sangka anjing itu mencuri dan memakan ayam rebus, tapi selepas lihat lebih dekat rupanya ia bukan ayam,” kata Ardi dipetik sebuah portal.

Ardi kemudiannya bertindak mengambil mayat bayi berkenaan sebelum menelefon pihak polis.

Menurut kedua-dua ibu bapa remaja berusia 14 tahun itu, selama ini mereka tidak mengetahui yang anak perempuannya itu sedang hamil.

Walaupun mereka menetap di rumah yang sama, remaja berkenaan dikatakan sering berkurung seorang diri dalam biliknya apabila pulang ke rumah selepas sesi persekolahan tamat.

Dalam pada itu, pihak polis masih melakukan sisatan dan mendapati remaja berkenaan merupakan suspek utama mengikut bukti yang didapati.

Berdasarkan siasatan yang dilakukan pihak polis, seorang remaja lelaki yang dipercayai bapa kepada bayi malang berkenaan berjaya ditahan pagi tadi.

Dilaporkan kedua-dua remaja berkenaan telah menjalin hubungan cinta sejak dua tahun lalu.

Remaja perempuan berkenaan itu turut mengakui mereka sering melakukan hubungan seks selepas pulang dari sekolah.

No comments:

Post a Comment