info-info menarik !

Breaking

Saturday, December 30, 2017

"Kau nak aku lumpuh setengah badan ke wey?"- Gadis Bongkar Syarikat Kasut Terkenal Malaysia 'Buli' Intern


Pengalaman pertama seorang pelajar sebelum masuk ke dunia pekerjaan yang sebenar ialah dengan melalui program latihan industri ataupun internship

Melalui program ini, mahasiswa dapat menimba pelbagai ilmu pekerjaan selain memahami jerih payah bekerja daripada bawah sebelum merangkak ke jawatan tinggi dalam sesebuah syarikat.

Namun pelbagai cerita yang telah kita dengar mengenai nasib intern yang seringkali dianiaya oleh majikan yang tidak bertanggungjawab. Antaranya ialah perkongsian gadis ini di Twitter yang menyifatkan pengalaman menjadi intern di sebuah syarikat kasut terkenal di Malaysia adalah mimpi paling ngeri dalam hidupnya.



Menurutnya, semuanya bermula apabila dia telah menjadi seorang intern bahagian business admin di syarikat tersebut yang terletak di Jaya One, Petaling Jaya. Sepanjang menjadi intern, gadis ini telah disuruh mengangkat berbagai jenis kotak besar yang mengandungi kasut dan termasuklah menjual kasut-kasut tersebut di acara-acara besar.



Akibat terlaku banyak mengangkat kotak yang berat, gadis tersebut mengadu mula mengalami sakit belakang dan kaki hingga kejang. Apabila dia mula ambil cuti selama dua hari akibat sakit pinggang yang keterlaluan, majikannya mula menghantar pesanan mesej yang bernada ‘menjengkelkan’.




Tidak betah bertahan di syarikat tersebut, dia akhirnya telah diberhentikan. Namun apabila ditanya soal elaun selama dia bekerja di situ, gadis ini mendakwa bahawa syarikat kasut tersebut dengan sengaja cuba melewat-lewatkan proses pembayarannya sehingga timbul pelbagai isu melibatkan ibu gadis tersebut.



Berikutan tweet tersebut, syarikat pembuat kasut terkenal ini telah mendapat pelbagai kecaman dan netizen yang mengikuti kisah tersebut menyokong tindakan gadis berkenaan yang berkongsi pengalamannya di media sosial.




Pun begitu, syarikat tersebut akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi mereka di Twitter yang sekaligus menjawab persoalan ramai sama ada benar atau tidak apa yang dituduh intern mereka telah berlaku.



Meskipun kenyataan tersebut sudah jelas menolak dakwaan yang mengatakan mereka telah menganiaya intern yang bertugas di syarikat mereka, netizen seakan-akan tidak percaya dan masih menganggap syarikat tersebut tidak profesional dalam mengendali kes ini.

Ia termasuklah cara mereka membalas mesej intern tersebut dan mempamerkan nombor kad pengenalan gadis itu di dalam kenyataan mereka kepada umum.



Sementara itu, ada juga dalam kalangan netizen yang menegur sikap intern tersebut yang dilihat sebagai terlalu keanak-anakan sehingga melibatkan ibunya dalam kes ini.



Walau bagaimanapun, sehingga setakat ini kedua-dua belah pihak masih tidak mahu mengaku kesilapan mereka dan tiada perkembangan terbaru sama ada pihak syarikat mahu menyaman intern tersebut atas pendedahannya.

Hmm begitulah nasib kalau jadi intern. Tapi tak semua pengalaman jadi intern tu perit. Ada juga yang menarik dan banyak pengalaman yang boleh ditimba. Fikir positif sajalah dan anggap ada kebaikan di sebalik semua dugaan yang mendatang. - lobakmerah

No comments:

Post a Comment