info-info menarik !

Breaking

Monday, December 11, 2017

Model Maut Selepas Jatuh Balkoni Dalam Keadaan Bogel !


Mungkin ada di antara pembaca yang mengenali Ivana Esther Robert Smith. Eshter merupakan seorang model yang aktif dalam dunia peragaan dan telah berjinak dalam dunia pengacaraan, lakonan serta merupakan duta untuk AO klinik Penang.

Malangnya, terbaru, menurut The Star, model tinggi lampai ini telah dijumpai maut terjatuh dari sebuah kondominium di Jalan Dang Wangi. Laporan Asia One menyatakan mangsa telah dikenal pasti sebagai Ivana yang baru sahaja berusia 19 tahun oleh pihak polis.




Ivana mempunyai kewarganegaraan Belanda dan Belgium serta pernah memenangi tempat ketiga di dalam pertandingan Pencarian Supermodel Malaysia pada tahun 2014 ketika baru sahaja berusia 15 tahun.

Sayangnya, model jelita ini telah dijumpai maut di balkoni sebuah unit kediaman di tingkat enam selepas terjatuh dari tingkat 20 dalam keadaan berbogel. Berita Harian melaporkan mangsa terjatuh dari unit kediaman kenalannya.

Sebelum kejadian, Ivana telah kelihatan keluar minum di sebuah premis hiburan di Bangsar bersama-sama pemilik kediaman tersebut yang merupakan seorang lelaki warga Amerika Syarikat dan isterinya yang merupakan seorang warganegara Kazakhstan.



Menurut sumber, mereka bertiga dilaporkan kembali ke kondominium tersebut sebelum membuat hal masing-masing.

Selepas berhibur, ketiga-tiga mereka dilaporkan kembali ke kondominium itu sebelum pasangan suami isteri terbabit masuk ke bilik tidur manakala Ivana berehat di ruang tamu rumah.”

Dipercayai Ivana yang tidak berpakaian itu telah berjalan ke arah balkoni dan terjatuh kerana berada dalam pengaruh alkohol sebelum mendarat di balkoni kediaman tingkat enam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah telah mengesahkan kejadian tersebut dan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini supaya tampil bagi membantu siasatan.

Hasil siasatan awal dan bedah siasat yang dijalankan mendapati tiada unsur jenayah dan kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.”

Kesiannya. Dia masih muda dan masih jauh perjalanan. Semoga ada saksi tampil bagi memudahkan hasil siasatan.

No comments:

Post a Comment