'Mengalir Air Mata Tengok Isteri Meneran, Ketap Gigi, Digunting' - Lelaki Ini Insaf Setelah Melihat Isterinya Bersalin - maitengoklah!

IKLAN

'Mengalir Air Mata Tengok Isteri Meneran, Ketap Gigi, Digunting' - Lelaki Ini Insaf Setelah Melihat Isterinya Bersalin


Pernah masuk labour room ketika isteri anda nak bersalin? Bagi yang pernah masuk, sudah pasti suara jeritan, raungan atau yang sewaktu dengannya masih melekat di minda. Alangkah kasihan mendengar jeritan kesakitan ibu-ibu melahirkan anak, membuatkan suami insaf dan kasihan dengan keadaan isteri.

Oleh itu, janganlah memarahi, menengking atau mengasari isteri/ibu. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak ternilai. Tanpa mereka, kita mungkin tidak dilahirkan ke dunia ini. Semoga perkongsian dari Izyan Nasir ini memberi manfaat kepada semua. 

DULU Ahmad dilahirkan dilahirkan secara czer. Jadi perasaan sedih itu tak berapa sampai. Alhamdulillah kali ini bersalin secara normal. Fuh! Dia punya sayang pada bini bertambah kaw-kaw! 

Mana tak sayang, kita tengok sendiri isteri meneran, mengetap gigi bukan sekali, tetapi berkali-kali. Mengalir air mata sambil mulut tak berhenti-henti bismillah selawat semua. Datang pula doktor gunting tu (buka laluan). Prapp!! Bini kita kot orang gunting?! Sedih wey! 

Satu saja nak pesan, nak jadi bapa orang nanti masuklah labour room (Dewan Bersalin), temankan isteri dan bagi semangat pada isteri. Bukannya masuk labour room sebab nak eksyen dan berbangga konon jadi suami yang berani. Tengok sendiri bagaimana keadaan isteri pada ketika itu. 


Nanti bila bergaduh dengan isteri atau ibu sendiri, bolehlah fikirkan balik apakah berbaloi bergaduh dengan mereka jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan isteri/ibu yang mengandungkan anaknya selama sembilan bulan, buat pemeriksaan di klinik/hospital dua tiga kali sebulan, melayan contraction 6-7 jam dan separuh mati nak melahirkan awak dan zuriat awak. 

Okay, sekian dari suami yang baru insaf semalam. Harap insaf lamalah sikit, tara nak dapat lain nanti. Hahaha! #donebeletiaq. 

Sumber: Izyan Nasir via The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment