info-info menarik !

Breaking

Saturday, December 23, 2017

Makanan Pedas Mampu Kurangkan Berat Badan


Runsing kan bila dah cuba macam-macam cara tetapi susah jugak untuk turunkan berat badan. Tau tak sebenarnya sistem metabolisme badan juga memainkan peranan untuk menguruskan badan.

Metabolisme bagi setiap orang adalah berbeza-beza. Ia bergantung pada tubuh berdasarkan jumlah otot dan lemak dalam badan seseorang itu. Sistem metabolisme ini berfungsi untuk membakar lemak yang berlebihan dalam badan.

Orang yang kuat makan tetapi badan maintain langsing ini adalah disebabkan jumlah metabolisme badan mereka tinggi. Nak tahu cara mudah untuk tingkatkan metabolisme dalam badan? Jom ikuti tips dibawah.

1. Minum Air Masak 8 Gelas Sehari

Dengan meminum air masak sebanyak lapan gelas atau lebih dalam masa satu hari sebenarnya akan membantu tubuh badan anda berfungsi pada tahap yang optimum.

2. Lakukan Senaman Bina Muscle

Senaman ini akan membantu untuk membakar lemak dalam badan. Jadi dengan melaukan senaman tingkatkan otot badan ini juga akan membantu meniakkan kadar metabolisme dalam badan anda.

3. Makan Makanan Pedas

Kandungan capsaicin yang terdapat dalam cili akan membakar kalori dalam badan selepas 30 minit anda makan makanan pedas.

4. Cahaya Matahari

Waktu yang terbaik untuk berada diluar rumah adalah diantara jam 11 pagi hingga ke 3 petang. Keluar berjalan untuk dapatkan sinaran mentari kerana terdapat sebuah kajian menyatakan, jika seseorang itu menghabiskan masa yang terlalu lama dalam persekitaran yang tertutup dan gelap akan mendapat kesan yang sama apabila anda tidur atau menambahkan berat badan.

5. Teh Hijau

Kandungan polifenol yang terdapat didalam teh hijau akan meningkatkan lagi metabolisme dalam badan anda. Cuma perlu minum 4 hingga 5 cawan dalam masa sehari untuk melihat kesannya.

Kadar metabolisme dalam badan akan menjadi rendah pada waktu malam. Oleh itu elakkan makan selepas jam 7 petang ataupun makan ditengah malam jika tidak mahu gemuk. Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment