Mahkamah benarkan amalan Zina di Indonesia

Advertisemen

Mahkamah Perlembagaan Indonesia telah menolak petisyen untuk melarang hubungan seks di luar nikah. Sehubungan menolakan itu mahkamah Perlembagaan Indonesia seperti membenarkan amalan zina di negara terbabit.

Petisyen untuk menjenayahkan zina atau hubungan seks luar nikah itu telah dikemukakan oleh kumpulan konservatif di negara ASEAN itu.

Sebelum ini, aktivis hak asasi antarabangsa bimbang dengan usul menjenayah zina dan hubungan seks luar nikah itu akan mencetuskan kawalan moral di Indonesia. Tetapi apabila lima daripada sembilan hakim mengundi untuk menolak petisyen itu secara rasminya telah memberi kemenangan kepada aktivis itu.

Aktivis itu mendakwa jika hakim tidak menolak petisyen itu ia akan memberi kesan diskriminasi terutamanya kepada pengamal homoseksual di negara itu.

Ketua Hakim Mahkamah, Arief Hidayat menjelaskan undang-undang mengenai perzinaan di Indonesia kini tidak bercanggah dengan perlembagaan, dan ia bukan kuasa Mahkamah Perlembagaan untuk mencipta dasar baharu.

“Plaintif patut menyerahkan petisyen mereka kepada penggubal undang-undang (Parlimen) dan ia patut menjadi input penting dalam semakan semula kanun jenayah yang sedang dilakukan,” katanya.

Aliansi Cinta Keluarga (AILA) adalah organisasi yang telah membuat permohanan mengharamkan seks luar nikah itu. Organisasi itu terdiri daripada ahli akademik dan aktivis konservatif di Indonesia.

Menerusi petisyen itu, mereka mahu mahkamah memberi takrifan zina digunakan pakai bukan sahaja kepada pasangan berkahwin tetapi kepada sesiapa sahaja dalam atau luar perkahwinan, supaya menjadikan hubungan seks luar perkahwinan itu sebagai jenayah dan boleh dikenakan hukuman.

Sementara itu, keputusan yang mengejutkan itu telah menerima kecaman pelbagai badan hal ehwal Islam tempatan dan ramai yang kecewa apabila ada antara hakim beragama Islam menolak petisyen itu.

Malah, ada juga antara meraka yang malu dengan negara jiran seperti Malaysia dan Brunei yang lebih mendaulatkan ajaran Islam dan manahan pasangan berzina untuk membanteras gejala bayi luar nikah dari terus berleluasa.

Setakat ini hanya wilayah Aceh yang meletakkan kes zina sebagai jenayah dalam undang-undang syariah tempatan. Pesalah yang disabitkan bersalah melakukan zina akan dihukum sebat di khalayak ramai.
Advertisemen