“Lori ‘sapu’ semua kereta, mayat kanak-kanak bergelimpangan” – Saksi - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Sunday, December 10, 2017

“Lori ‘sapu’ semua kereta, mayat kanak-kanak bergelimpangan” – Saksi

Pakaian dan barang-barang berterabur berikutan kemalangan lori treler dengan tiga kenderaan di Lenggong pagi Ahad. 

GERIK: “Lori ‘sapu’ semua kereta di jalan, pakaian dan mayat bergelimpangan.”

Itu merupakan pengalaman tragis seorang saksi kemalangan yang dikenali sebagai Syahira, 26, dalam kejadian ngeri yang mengorbankan tiga beradik berhampiran MSRM Lenggong pada pagi Ahad.

Katanya, sebaik sahaja tiba di lokasi, dia tidak dapat menahan sebak melihat pakaian bertaburan di atas jalan raya disebabkan kemalangan itu.

Menurutnya, lebih meruntun hatinya apabila melihat sekujur tubuh kanak-kanak terbaring kaku di atas jalan raya berhampiran kereta keluarganya yang remuk.

Kemalangan Lenggong: Kanak-kanak kembar antara tiga beradik terkorban

Kembar Muhd Hanif (depan, kanan) dan Nur Ain Hanifah (depan, kiri) bersama kakak mereka Nur Ain Hafizah merupakan tiga mangsa yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Lenggong pagi tadi. – Gambar ihsan
LENGGONG: Sepasang kanak-kanak kembar antara dua maut dalam kemalangan ngeri yang mengorbankan tiga nyawa berhampiran lampu isyarat MRSM Lenggong, dekat sini pada pagi Ahad.

Mangsa, Muhd Hanif Ismail dan kembarnya, Nur Ain Hanifah Ismail, 8, serta kakak mereka, Nur Ain Hafizah, 22, maut apabila kenderaan jenis Honda HRV mereka dirempuh sebuah lori muatan ikan dalam kejadian berkenaan.

Difahamkan, kenderaan yang membawa enam sekeluarga itu sedang menuju ke Kuala Kangsar dari arah Terengganu untuk menghabiskan cuti sekolah.

Honda HRV yang dinaiki kembar Muhd Hanif dan Nur Ain Hanifah bersama kakak mereka Nur Ain Hafizah.

Sementara itu, bapa mangsa, Ismail Yaacob, 53, dan ibu kanak-kanak, Zarina Yong, 44, mengalami kecederaan parah dan masing-masing dirujuk ke Hospital Taiping dan Hospital Kuala Kangsar bagi rawatan lanjut.

Seorang lagi anak mereka, Nur Ain Harizah,13, mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Ismail Che Isa berkata, kemalangan yang melibatkan lima kenderaan itu berlaku berikutan lori ikan yang mengalami kerosakan brek lalu merempuh kenderaan keluarga tersebut.

“Siasatan awal mendapati lori muatan ikan tersebut telah merempuh sebuah Nissan Grand Livina dan Honda HRV yang berada di lorong kiri.

“Dua lagi kenderaan iaitu Toyota Hilux dan Nissan Sentra pula berada di lorong kanan sewaktu kejadian,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Difahamkan, kemalangan tersebut melibatkan satu lagi keluarga yang menggunakan kenderaan jenis Nissan Grand Livina.

Afiq Syahid Hairollizam, 13, mengalami kecederaan dalaman di perut dan dihantar ke Hospital Taiping manakala ibubapa serta adik perempuannya cedera ringan.

Pemandu Toyota Hilux dan Nissan Sentra yang turut terlibat tidak mengalami sebarang kecederaaan.

Difahamkan, pemandu dan kelindan lori muatan ikan tersebut pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber: astroawani

No comments:

Post a Comment