info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, December 25, 2017

Lelaki ini sudah dikebumikan oleh keluarganya, tiba-tiba kembali depan pintu rumah!!


Seorang lelaki baru-baru ini telah menggemparkan ahli keluarganya dan semua penduduk apabila dia yang berasal dari daerah Si Ka Ket, Thailand yang telah dianggap telah lama meninggal dunia dengan secara tiba-tiba muncul di pintu hadapan rumahnya.

Lelaki yang dikenali sebagai Sakorn Sacheewa telah disahkan oleh polis meninggal dunia pada tujuh bulan yang lalu pada tarikh 18 Mei. Walau bagaimanapun, kehadirannya di kampung tersebut telah mengejutkan dan menakutkan orang ramai kerana seperti tidak percaya yang dia masih hidup.


Sakorn Sacheewa. © Oriental Daily
Menurut kata SCMP, Sakorn dipercayai telah berpindah ke Bangkok untuk bekerja di atas bot nelayan selama dua tahun. Dalam jangka masa tersebut, dia dikatakan langsung tidak pernah menghubungi seorang pun ahli keluarganya di kampung.

Pada bulan Mei lalu, ahli keluarganya telah dihubungi oleh pihak polis tempatan yang meminta mereka untuk mengambil mayat Sakorn. Pada waktu itu, polis mengesahkan Sakorn telah ‘meninggal dunia’ akibat penyakit berkaitan pencernaan di rumah sewanya yang terletak di Bangkok.

Sedih dengan berita ‘kematian’ tersebut, kesemua ahli keluarganya membuat tuntutan terhadap mayat Sakorn di Fakulti Perubatan Hospital Universiti Navamindradhiraj.

Keluarga Sakorn Sacheewa akhirnya membuat tuntutan mayat di hospital selepas menerima berita kematiannya.

Sewaktu proses pengecaman mayat, sepupu kepada Sakorn yang dikenali sebagai Nakornchai menyedari bahagian hadapan gigi mayat kelihatan berbeza. 

Hal ini kerana, Sakorn tidak mempunyai dua batang gigi hadapan manakala mayat tersebut pula mempunyai barisan gigi hadapan yang sempurna.

Nakornchai cuba menyuarakan isu ini kepada pegawai yang bertugas namun tidak diendahkan. Jadi, mereka sekeluarga tetap dengan keputusan untuk membawa pulang mayat berkenaan.

Sijil kematian telah dikeluarkan tiga hari kemudian dan mayat dikebumikan dengan penuh adat-istiadat.

Akan tetapi, tujuh bulan kemudian, Sakorn yang masih lagi sihat walafiat telah berhenti kerja dan mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. 

Menyangkakan tiada apa yang berlaku, Sakorn menganggap kepulangannya itu pasti akan dinanti-nantikan oleh seluruh ahli keluarga.

Malah, ibunya yang turut terkejut telah berkata:

“Kamu sudah mati, macam mana kamu boleh datang balik?”

Ibunya sangat terkejut apabila melihat lelaki ini berada di depan rumahnya yang selama ini dianggap telah mati.

Setelah itu, Sakorn telah memberikan penjelasan sebenar mengenai keadaannya di Bangkok. Menurut Sakorn, ketika bekerja di sana, kad pengenalannya telah dicuri oleh seorang pekerja Myanmar yang kemudiannya melarikan diri.

Tetapi, mayat siapa yang mereka kebumikan, itu masih menjadi persoalan dan pihak polis juga tidak mempunyai jawapannya.

Memandangkan semuanya sudah jelas, Sakorn kemudian meminta rekod kematiannya dibubarkan kerana dia masih hidup dan akan terus bahagia bersama keluarganya.

Sumber : Era Baru & Elite Readers

No comments:

Post a Comment