Lelaki hantar surat dan vcd lucah kepada janda sebagai umpan! - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Sunday, December 24, 2017

Lelaki hantar surat dan vcd lucah kepada janda sebagai umpan!


Seorang lelaki yang dipercayai seorang buruh kampung telah ditahan polis selepas dikatakan telah menganggu seorang wanita berstatus janda dengan menghantar bahan yang berunsur lucah di kediaman wanita terbabit di Kampung Bakong, Lambor Kiri, Bota, Perak pada Jumaat lalu.

Sungguh memalukan apabila lelaki yang berusia 32 tahun itu berbuat demikian terhadap wanita yang berusia 52 tahun itu. Menurut laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superitendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 7.15 pagi selepas wanita tersebut menyedari perkara itu.



Menurut beliau lagi, lelaki berkenaan menghantar surat bersama CD lucah ke rumah wanita janda tersebut dan kesemua barangan itu telah diletakkan dalam sampul surat yang berwarna putih dan turut diselitkan di bawah pintu kediaman wanita tersebut.

“Mangsa hanya menyedari bungkusan itu ketika dia membuka pintu rumahnya sekitar jam 7.15 pagi.

“Suspek telah mengumpan pengadu dengan CD dan tulisan lucah yang dihantarnya dalam sampul ke rumah mangsa dengan tujuan mengajak wanita itu melakukan hubungan seks dengannya.



Menurut laporan beliau lagi, lelaki terbabit telah berjaya ditahan selepas pihaknya mendapat laporan yang telah dibuat mangsa ekoran kejadian berkenaan.

Pihak polis turut mendapat lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine selepas ujian urin telah dijalankan terhadapnya selepas penangkapan lelaki tersebut.

“Kita akan menjalankan siasatan lanjut dalam kes ini mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mangsa merupakan seorang ibu tunggal dan tinggal seorang diri di rumah tersebut sejak tiga tahun lalu.

Mungkin lelaki ini terlalu confident yang wanita berstatus janda tersebut akan menuruti semua kehendaknya dan dia memberanikan diri menghantar surat dan CD itu kepada wanita itu, Tetapi dia tidak sedar yang tidak semua orang di dunia ini bodoh dan tidak mempunyai akal dan fikiran.

Akhirnya dia sendiri terjerat dan ditahan polis lalu merengkok dalam penjara di atas perbuatan bodohnya sendiri.

Jadi, melalui kisah ini boleh dijadikan pengajaran kepada semua orang lelaki di luar sana agar tidak melakukan perkara yang sama jika tidak mahu tidur dalam lokap yang tidak mempunyai tingkap itu.

Hiduplah dengan aman di atas muka bumi ini dengan menggunakan akal dan fikiran.

No comments:

Post a Comment