Lelaki Beli Sejambak Bunga Daripada Nenek di Tepi Jalan, Namun Tak Sangka Dia Terjumpa… - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Friday, December 29, 2017

Lelaki Beli Sejambak Bunga Daripada Nenek di Tepi Jalan, Namun Tak Sangka Dia Terjumpa…


Hidup ini penuh dengan suratan dan kebetulan yang tidak dijangka-jangka. Hal ini bertambah baik jikalau seseorang itu gemar mengisi masa lapang dengan membantu golongan yang memerlukan daripada membuang masa dengan tidak melakukan apa-apa pekerjaan. Nescaya pasti ada 1001 kebaikan yang mengiring individu tersebut!

Inilah yang berlaku kepada seorang lelaki yang menuntut di Cypress College bernama Luan Nguyen apabila dia telah bertemu dengan seorang nenek tua di Garden Grove, California ketika dalam perjalanan ke bank, lapor Nextshark.

Menerusi entri Facebook Nguyen, dia menceritakan bahawa pada 24 Disember lalu dia sedang dalam perjalanan menuju ke Bank of Amerika di persimpangan Westminister dan Brookhurst untuk mengeluarkan wang sebelum seorang wanita Vietnam berusia lingkungan 75 tahun mendekatinya. Wanita tersebut kemudian bertanya sama ada dia mahu atau tidak untuk membeli sejambak bunga yang berharga $20 (bersamaan RM82).

Menurut Nguyen, wanita tersebut mengalami penyakit dementia dan baru saja keluar dari hospital. Dia kini tinggal bersama suaminya yang juga warga emas berusia 83 tahun dan menjual bunga untuk menampung kehidupan mereka seharian.

Tersentuh melihat keadaan nenek tersebut, Nguyen akhirnya membeli bunga berkenaan dan pulang ke rumah. Namun mengejutkan, sebaik saja tiba di rumah dia mendapati terdapat sebuah bingkai berisi gambar dua orang gadis dan wang bernilai $1,500 (RM6,130) dalam jambak bunga tersebut. Wah banyak tu duitnya! 


Nguyen cuba menjejaki wanita tua itu di tempat mereka bertemu sebentar tadi, namun pencariannya menemui jalan buntu kerana wanita berkenaan tiada di situ lagi.

Pun begitu, siapa sangka dengan bantuan internet dan media sosial, ia berjaya menyatukan mereka semula pada Isnin lepas.


“Wanita itu mengaku yang wang tersebut merupakan pemberian cucu-cucunya. 

“Ketika dia di hospital, dia hanya mempunyai $1,700 (RM6947) sahaja dengannya. Dia gunakan $200 (RM817) untuk membeli bunga. Dan kini dia hanya tinggal $1,500 (RM6,130) sahaja,” jelas Nguyen.

Namun menyedihkan, kesan penyakit dementia yang dialami nenek tersebut membuatkan dia secara tidak sengaja meletakkan barang-barang tersebut di dalam jambak bunga berkenaan. Malah ketika Nguyen berhubung dengan nenek tersebut di talian, wanita itu mengaku yang dia langsung tidak mengingati Nguyen. Alahai! 

“Saya yakin dua orang gadis itu mesti cucu kegemarannya. Kata nenek itu, gambar tersebut sentiasa ada bersamanya pada setiap masa,” ujar Nguyen lagi.


Rata-rata netizen yang membaca entri Nguyen memuji tindakannya sebagai ‘baik hati’ dan ada juga memberi komen seperti, “Awak akan mendapat karma yang baik kerana buat perkara ini, bro.” 

Syukurlah masih ada manusia yang sebaik Nguyen ini. Sangat jujur dengan nenek tua yang pelupa! 

Sumber: nextshark via Lobakmerah

No comments:

Post a Comment