info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Sunday, December 31, 2017

KEJAM & takde hati perut punya manusia!


TERKILAN dan sedih hati seorang lelaki apabila dua ekor anak anjing yang masih kecil di kawasan perumahannya telah diperlaku kejam oleh seorang individu tidak bertanggungjawab di ibu negara.

Dalam kejadian di Pangsapuri Meranti, Taman Cheras Hartamas, salah seekor daripadanya anak anjing terbabit mati manakala seekor lagi mengalami cedera di kaki setelah dicampak dari tingkat tiga pangsapuri berkenaan.

Pengguna Facebook dikenali sebagai Izwan Ahmad turut memuat naik beberapa gambar memaparkan kecederaan haiwan malang terbabit dan pada masa sama melahirkan kekesalan dengan sikap seorang penghuni di situ.

“Tak berhati perut. Berperangai iblis. Sanggup mencampak dua ekor anak anjing comel dari tingkat tiga Pangsapuri Meranti, Taman Cheras Hartamas.

“Kejadian berlaku 25 Disember 2017, lebih kurang 10 malam. Semua jiran terdengar bunyi salakan anjing seebelum ramai jiran keluar untuk melihat apa yang berlaku.

“Malang sungguh nasib anak anjing ini, seekor cedera, manakala seekor lagi mati,” tulisnya pada Isnin.


Menurutnya, ada beberapa jiran yang mendakwa ternampak kelibat seorang penduduk lelaki di blok C-3-22 dikatakan melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Tambah Izwan lagi, anak anjing yang dikatakan masih nyawa-nyawa ikan itu mengalami patah kaki dan terkeluar najisnya akibat daripada kesan jatuhan tersebut.





Pemuda itu turut menggesa agar netizen dapat tularkan kejadian berkenaan sehingga si pelaku dapat dikenakan tindakan yang sewajarnya atas penganiayaan terhadap binatang.

Posting yang dimuat naik Izwan itu sehingga kini menerima lebih daripada 1,000 perkongsian dan mencetuskan pelbagai reaksi amarah khususnya daripada pencinta haiwan.

sumber : Izwan Ahmad via MYNEWSHUB

No comments:

Post a Comment