"Kau orang pegang tangan boyfriend haram tau, kita tak pe kita lelaki…" - 'Tazkirah' Safiey Illias Suka Hati Persenda Agama - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Wednesday, December 27, 2017

"Kau orang pegang tangan boyfriend haram tau, kita tak pe kita lelaki…" - 'Tazkirah' Safiey Illias Suka Hati Persenda Agama


Safiey Illias merupakan nama yang tidak asing lagi di Malaysia. Mana taknya, dia sudah pun bergelar jutawan sebagai usahawan kosmetik walaupun baru sahaja berusia 23 tahun.

Namun begitu, bukan kerana kejayaannya sahaja yang mendapat perhatian rakyat Malaysia tetapi kerana Safiey yang dilahirkan sebagai seorang lelaki telah mengubah penampilannya menyerupai perempuan beberapa tahun lalu.



Walau bagaimanapun, pada tahun lepas, Safiey mengaku telah insaf dan ingin kembali pada fitrah asal dan turut dijemput ke pelbagai program temubual untuk menceritakan perjalanannya mencari jalan yang diredhai Tuhan.

Perubahan Safiey sehingga mengeluarkan silikon daripada badannya tidaklah lama. Safiey mengumumkan ingin kembali menjadi pondan kerana penat dengan netizen yang kerap mengejinya walaupun telah kembali ke jalan Tuhan. 

Eh boleh pulak macam tu?



Kini sekali lagi, Safiey menjadi bualan kerana telah tampil dengan imej perempuan serta mula memakai pakaian dalam wanita. Bukan itu sahaja, dia juga kini kerap menayang seorang lelaki yang dipercayai kekasihnya di media sosial.



Baru-baru ini, Safiey telah berkongsi gambar di Instagram miliknya yang menunjukkan dia kini berada di Thailand serta sedang memilih silikon. Namun, tujuan sebenar dia ke sana masih belum diketahui.



Walau bagaimanapun, apa yang menimbulkan kemarahan netizen ialah apabila Safiey membuat Instagram Live dan memberi tazkirah kepada meraka yang telah mengecam perubahannya.



Di dalam video tersebut, Safiey yang ditemani ‘kekasihnya’ memberitahu kepada netizen bahawa dia tidak pernah menipu diri sendiri dan menganggap netizen yang tidak jujur dengan diri mereka kerana enggan menerima dirinya sebagai seorang lelaki cantik.

Selain itu, dia memerli netizen yang tidak putus-putus menyoal hal jantinanya sedangkan mereka juga sering membuat perkara haram seperti tersentuh sepupu lelaki ataupun memegang tangan kekasih mereka.

Kau orang pegang tangan boyfriend haram tau, kita tak pe kita lelaki… At least kita tahu agama, tak lupa tuhan…”

Bukan itu sahaja, Safiey memberitahu bahawa dalam hidup yang penting adalah kita masih berpaut pada tali Ilahi, tak lupa agama, keluarga dan Tuhan, serta tahu sedang membuat dosa. Ujarnya perkara inilah yang bagus sebenarnya.

Benda yang tak bagus ialah bila you merasakan diri you lebih bagus daripada orang lain.”

Tazkirah panjang lebar Safiey Illias ini telah membuatkan netizen meluat dengannya kerana enggan menerima teguran serta mempersendakan agama.



Walaupun dengan kecaman hebat ini, menerusi laman Instagram miliknya, Safiey meminta orang ramai untuk bersabar dan menunggu 31 Disember akan datang bagi menjelaskan kontroversi yang melanda dirinya.

Tak tau nak kata ape… Kita tunggu jelah 31 Disember nanti.

No comments:

Post a Comment