JAIP Siasat “BFF” Siti Kassim, Asiah Jalil Atas Dakwaan Menghina Islam - maitengoklah!

IKLAN

JAIP Siasat “BFF” Siti Kassim, Asiah Jalil Atas Dakwaan Menghina Islam




Pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) hari ini telah memanggil Asiah Abd Jalil untuk memberi keterangan atas dakwaan menghina Islam.

Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh Asiah di dalam status Facebook miliknya jam 3.22 petang.

Sebelum ini Asiah memaklumkan sekumpulan penguatkuasa agama JAIP datang ke rumahnya pada 28 November 2017 jam 11 malam bersama waran geledah.
Namun, setelah perbincangan dilakukan, pihak penguatkuasa setuju untuk mengambil keterangan Asiah pada keesokan harinya di pejabat JAIP.

Siasatan dipercayai dijalankan di bawah seksyen 11 dan 12 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pahang (2003) iaitu:

1) Menghina atau menyebabkan dipandang hina Agama Islam.

2) Mempersendakan ayat Al-Quran atau Hadith.

Siasatan ini dilakukan berdasarkan aduan mengenai status Facebook milik beliau yang mencetuskan rasa marah orang awam.

Beliau bertindak memuat naik post di Facebook pada 16 November 2017 yang mendakwa Nabi Muhammad tidak membenarkan anak perempuannya dimadukan sedangkan nabi sendiri mengamalkan poligami.


Selain itu, beliau turut memuatnaik satu post pada 28 November 2017 dengan mendakwa Islam menghalalkan perbuatan rogol wanita tawanan perang.


Susulan tindakan yang di ambil oleh JAIP, rata-rata rakan Facebook beliau menzahirkan rasa kecewa dan mengutuk tindakan tersebut.

Antara yang paling pantang adalah Farouk A. Peru, Awang Waikunta @ Haziq Ismail dan adik beliau sendiri iaitu Ali Abd Jalil.


Asiah bagaimanapun dibebaskan dengan bon jamin sementara siasatan dilakukan oleh pihak JAIP.

FB USTAZ ZAMIHAN :

TAHNIAH JAIP BERANI BERTINDAK!

Pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) hari ini telah memanggil Asiah Abd Jalil untuk memberi keterangan atas dakwaan menghina Islam.

Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh Asiah di dalam status Facebook miliknya jam 3.22 petang.

Sebelum ini Asiah memaklumkan sekumpulan penguatkuasa agama JAIP datang ke rumahnya pada 28 November 2017 jam 11 malam bersama waran geledah.

Namun, setelah perbicangan dilakukan, pihak penguatkuasa setuju untuk mengambil keterangan Asiah pada keesokan harinya di pejabat JAIP.

Siasatan dipercayai dijalankan di bawah seksyen 11 dan 12 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pahang (2003) iaitu:

1) Menghina atau menyebabkan dipandang hina Agama Islam.

2) Mempersendakan ayat Al-Quran atau Hadith.

Sumber: fb Ustaz Zamihan

Antara Tuduhan Asiah Abd Jalil boleh meruntuhkan asas agama Islam


Asiah Abd Jalil, dalam status seperti yang dilampirkan, menuduh seorang sahabat, Abu Hurairah R.A., yang banyak meriwayatkan hadith sebagai berdusta atas Rasulullah S.A.W.

Apabila Asiah menuduh Abu Hurairah meriwayatkan hadith itu kerana kecenderungannya kepada kucing, tidak kepada anjing, bermakna Asiah menuduh Abu Hurairah mereka-reka hadith.

Hadith yang dimaksudkan itu telah disahkan sahih, menurut disiplin dan methodologi ilmu hadith, oleh Imam al-Bukhari dan Muslim.

Wahai muslimin dan muslimat semua,
Para sahabat adalah generasi pertama yang menerima agama Islam daripada Rasulullah S.A.W. dan yang menyampaikannya kepada generasi seterusnya.

Wahyu al-Quran dihafaz dan dibacakan oleh mereka ke generasi seterusnya. Sunnah Rasulullah S.A.W., yang berfungsi sebagai penjelas kepada al-Quran, juga mereka yang riwayatkan dan sampaikan kepada generasi seterusnya.

Sahabat seperti Abu Hurairah banyak menyampaikan riwayat, manakala sahabat seperti Abu Bakr, Umar, Ali pula banyak mengajarkan kefahaman agama menurut yang diajar Rasulullah S.A.W.

Mereka ibarat dinding empangan yang menakung sumber ajaran agama Islam.

Oleh itu, sebarang tuduhan dusta ke atas mana-mana sahabat, terutamanya mereka yang tergolong dalam kalangan yang memainkan peranan penting menyampaikan agama ini, adalah satu tebukan ke dinding empangan yang akan meruntuhkan terus sumber agama ini.

Itulah taktik musuh-musuh dalam selimut sejak zaman dahulu lagi. Itulah tindakan Syiah, yang mengkafirkan sebahagian sahabat. Hasil akhir yang mereka mahu ialah agama Islam ini boleh dibentuk menurut cita rasa mereka, tanpa terikat dengan sumber asal.

Kebiasaannya orang berfikiran liberal seperti Asiah ini amat menyanjung Barat kerana dikatakan tamadun mereka itu berasaskan rasional dan logik, manakala orang Timur mundur kerana banyak terikat dengan kepercayaan agama yang tidak saintifik.

Malangnya, tuduhan Asiah bahawa kecenderungan Abu Hurairah kepada kucing menyebabkannya sanggup berdusta mereka-reka hadith palsu adalah satu tindakan yang langsung tiada nilai akademik.

Bagaimana para pengkaji pelbagai cabang ilmu syarak (pelbagai bidang fokus, kerana riwayat Abu Hurairah pelbagai topik), melalui pelbagai disiplin ilmu tersebut (gabungan pelbagai metodologi), sejak berkurun lamanya (skop masa), membabitkan ribuan orang ulama (bilangan pengkaji), boleh konsisten terlepas pandang kecenderungan Abu Hurairah untuk berdusta kerana kucing?

Atau mungkinkah rasional dan logik akal di sisi Asiah dan orang seumpamanya hanya perkara-perkara ‘basic’ yang terlintas di akal fikiran dan tidak sampai ke tahap metodologi ilmu?

Kesian. Tapi Asiah telah menulis sesuatu yang boleh meruntuhkan agama suci ini


Ust Mohd Hazizi Abd Rahman

Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Sumber: muis.org.my

Ini Pula Kata Ayah Kandung, Asiah Jalil


Asiah Abd Jalil bukan lagi seorang Muslim yang normal kerana meninggalkan solat fardhu, ujar Abd Jalil Abd Rahman.

Bapa kandung kepada Asiah Abd Jalil itu juga meminta agar mereka yang mengikuti laman sosial anaknya sudi mendoakan agar puterinya itu kembali menunaikan solat fardhu secepat mungkin.

Sebelum ini Asiah Abd Jalil telah mengumumkan untuk tidak lagi melaksanakan solat fardhu dan mahu menuntut cerai daripada suaminya setelah kononnya suaminya menuduhnya murtad kerana berkawan dengan Siti Kasim.

Abdul Jalil Abd Rahman berkata, “Dalam keluarga Muslim yang setiap ahli keluarganya menjaga solat fardu 5 waktu sehari, jika salah seorang darinya cuma solat Maghrib dan Isya’ sahaja, maka ahli ini adalah dikira tidak normal.”

“Oleh itu bila Asiah meninggalkan kesemua solat fardu setiap hari maka itu adalah simptom bahawa beliau bukanlah lagi seorang Muslim yang normal,” menurutnya lagi.

Mendapati terdapat ramai yang tergamak menghasut anaknya untuk meneruskan niatnya untuk bercerai, Abdul Jalil menasihati mereka agar tidak lagi meneruskan perbuatan sedemikian.

Beliau berkata, “Membina sebuah masjid bukan satu kerja mudah. Tetapi nak meruntuhkannya walaupun masjid berjaya kekal 1000 tahun amatlah mudah. Contohnya, lihatlah apa yang berlaku di Syria.”

“Apa salahnya jika sama-sama berusaha menjaga agar masjid yang telah terbina dan telah mempunyai ahli jemaah yang agak ramai itu terus makmur.”

“Acik yang terlibat cara langsung membina masjid tersebut tentulah amat menghargai setiap sentuhan yang ikhlas untuk mengukuhkan lagi masjid itu.”

Menurutnya lagi, suami anaknya adalah seorang anak, suami dan ayah yang cemerlang, tidak sepertimana yang digambarkan oleh orang yang mempunyai “akal yang tak normal”.

“Acik memang menilai Hatta sebagai seorang anak, suami dan ayah yang cemerlang. Acik percaya sesiapa juga yang kenal Hatta akan bersetuju dengan penilaian Acik. Yang tak akan setuju ialah akal yang tak normal.”

Beliau juga menasihati agar mereka yang mengikuti tulisan anaknya di laman sosial agar bersikap rasional dan tidak terus menerima bulat-bulat segala dakwaan yang Asiah hamburkan di laman Facebooknya.

Beliau berkata, “Membaca tulisan Asiah dalam wallnya ini, Acik tidak nafi ada kebenarannya. Namun bagi Acik tak semua yang beliau dakwa itu kebenaran belaka.”

“Maka sukalah Acik menasihati semua peminat dan pengikut Asiah agar “yang manis jangan terus ditelan, yang pahit jangan terus dibuang”. Rationalise lah terlebih dahulu,” nasihat beliau.

Sumber foto:  google
Sumber: menara.my
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment