info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Saturday, December 23, 2017

Isteri maut selepas suami "paksa bersama" walau baru lepas bersalin 4 hari!

Selepas isteri mempertaruhkan nyawanya untuk melahirkan seorang anak yang dikandungnya selama 9 bulan, tubuh badan si ibu pasti lesu, penat, tidak bermaya dan kehilangan tenaga.

Ketika bersalin juga, si isteri pasti kehilangan darah yang banyak dan ketika sedang berpantang, si isteri juga memerlukan masa untuk berehat dengan banyaknya dan ketika inilah si suami harus memainkan peranannya untuk menjaga si isteri dengan sebaiknya.

Walau bagaimanapun, situasi yang berlainan dapat dilihat seperti yang dikongsikan oleh seorang kakitangan perubatan ini yang dikenali sebagai Muna Mansur. Betapa kejamnya seorang suami itu yang bertuhankan nafsu apabila sanggup memperlakukan pada isterinya ketika dalam pantang sehingga meninggal dunia.

Si isteri baru sahaja melahirkan anak sulung 4 hari lalu.

Si isteri baru sahaja bersalin anak yang pertama tetapi suami memaksa isterinya untuk melakukan hubungan kelamin walaupun sedar isterinya masih berpantang. Si isteri menolak dengan baik, tetapi sikap si suami seolah hilang akal apabila tetap meneruskan nafsu syaitannya. Akhirbya berlakulah sesuatu yang tak pernah disangka-sangka.

Semoga kisah yang dikongsikan ini dapat dijadikan pengajaran dan teladan kepada semua suami isteri di luar sana yang mungkin akan menghadapi situasi yang sama pada satu hari nanti. Kepada si suami, berfikirlah dengan waras, jangan ikut nafsu semata-mata. Kasihanilah pada isterimu yang baru sahaja melahirkan anakmu.

Penulis : Muna Mansur

Kisah ini berlaku lebih 10 tahun yang lalu. Ceritanya membuatkan saya rasa nyeri yang amat. Di bahagian kecemasan zon merah (kritikal, kami menerima seorang pesakit ibu muda yang baru sahaja melahirkan cahaya mata sulung, empat hari yang lalu.

Mukanya pucat biru, mata hitamnya ke atas, bibirnya kebiruan, mulutnya berbuih-buih, badannya kaku dan sejuk. Menurut si suami, isterinya tiba-tiba terkena sawan sewaktu sedang tidur dan isterinya juga mengalami tumpah darah pada waktu yang sama.

Kami kakitangan perubatan bertungkus-lumus menstabilkan keadaan si ibu yang sangat kritikal pada masa itu. Bantuan pernafasan segera juga diberikan.

Dalam masa yang sama, doktor lain membuat pemeriksaan di bahagian bawah pesakit untuk melihat kadaran banyak mana darah yang keluar di pad ibu. 

Sebaik saja kain dibuka, didapati habis lencun kain, seluar dalam dan pad dipenuhi darah. Bila doktor memeriksa bahagian jahitan, ternampak sesuatu yang amat mengejutnya beliau.

Beliau terkejut bukan kerana luka epi itu terbuka disebabkan benang tertetas, tetapi disebabkan luka kelihatan seperti dikoyak-koyak dan menjadikan keadaan luka sangat teruk. Doktor sudah mengandaikan satu perkara ini yang berkemungkinan berlaku menyebabkan si ibu mengalami pendarahan yang teruk.

Doktor bertemu dengan si suami dan pada masa ini si ibu sedang diberi bantuan pernafasan terus dari paru-paru, serta menerima pemindahan darah dan ubatan lain kerana keadaannya semakin tenat.

“Jujur dengan saya ye encik, encik ada buat hubungan kelamin dengan isteri ke tadi?” tanya doktor dengan suara perlahan bertanyakan pada si suami.

“Eh, mana ada doktor. Kan isteri saya baru saja bersalin?” jawabnya.

“Encik saya minta encik berterus terang dengan saya. Luka di bahagian tempat jahitan itu koyak rabak. Tak mungkin kalau isteri buat kerja pun, dia akan koyak teruk macam yang saya lihat tadi,” tegas doktor.

Akhirnya si suami mengakui dia ada melakukan hubungan kelamin dengan isterinya secara paksaan. Isterinya meronta-ronta, tetapi dia memaksa. Selepas dia berjaya memuaskan keinginannya, tiba-tiba badan si isteri kekejangan, mulut berbuih dan diserang sawan.

Kasihan pada isteri apabila dipaksa suami sedang si suami tahu isterinya baru sahaja bersalin.

Allahuakhbar!
Astagfirullah!

Tiada kata yang mampu diucapkan doktor tersebut. Hanya mampu menahan marah dan kesal. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang, Dia telah menjemput si ibu itu kembali ke sisiNya. Doktor tidak dapat menyelamatkan ibu berkenaan kerana kehilangan darah yang terlalu banyak dan mengakibatkan kegagalan fungsi organ dalam badan.

Ada hikmah ibu ini pergi. Tiada lagi trauma untuk dia hadapi. Tiada lagi kesakitan untuk dia rasai. Tetapi kasihan pada anaknya yang masih bayi. Baru ingin merasai kehangatan air susu ibu, baru ingin merasai lembutnya belaian ibu, kini sudah menjadi hatim kerana nafsu ayahnya sendiri.

Manusia bila nafsu menguasai diri, hilang pertimbangan diri. Saya yang mendengar ini pun sudah rasa nyeri, apa lagi saat yang dirasakan arwah ketika dipaksa bersama dalam keadaan luka masih lagi belum sembuh.

Nauzubillah Min Zalik.

No comments:

Post a Comment