Ibu Terkejut, Najis Anak Berdarah, Rupa-rupanya Disebabkan....

Advertisemen

Hari ni ada lagi seorang individu yang tampil berkongsi kesan lebih teruk pengambilan susu tiruan terhadap anaknya.

Menurut WORLD OF BUZZ, seorang individu dari Bukit Mertajam berkongsi di laman Facebook kesan meminum susu tiruan Enfalac yang terjadi kepada anaknya. Mengejutkan, dia mendapati najis anaknya berdarah!

“Pada malam kejadian, saya sedang lap bahagian belakang anak saya sambil menukar lampin. Waktu itu saya ternampak najis anak saya penuh darah!”

“Suhu badannya naik ke 39.4 darjah Celsius dan saya suapkan ubat demam.”



Pertama kali melahirkan anak, individu tersebut begitu terkejut dengan apa yang berlaku terhadap anaknya. Pada 10 Disember lalu, bayinya telah dimasukkan ke hospital kerana masalah keradangan usus.


“Doktor khuatir jika geseran antara usus mungkin menjadi penyebab najis anaknya berdarah, jadi mereka meneliti kemungkinan jika anak tersebut perlu menjalani pembedahan.”

Setelah menjalani ujian X-ray dan ultrasound, bayi berkenaan bernasib baik kerana dilaporkan tidak perlu menjalani sebarang pembedahan.

“Keesokan harinya, doktor ada tanya jika anak saya minum susu Enfalac. Saya jawab ya, memang anak saya minum susu Enfalac. Doktor itu memandang saya dengan muka terkejut dan bertanya jika saya tahu tentang kekecohan penjualan susu tiruan yang wujud di pasaran. Sekali lagi, saya jawab ya.”




Sejurus selepas itu, doktor memberikan antibiotik kepada bayi lelaki berkenaan. 
Semenjak itu, si ibu telah menukarkan susu anaknya kepada susu yang lain dan difahamkan bayi lelaki tersebut sudah semakin pulih. Ibu yang prihatin itu kemudiannya menghubungi talian bantuan Enfalac untuk mendapatkan penjelasan namun panggilannya tidak diangkat.

Wanita itu mendakwa bahawa entri yang dikongsi tidak berniat untuk menyalahkan Enfagrow kerana dia sendiri yang tidak dapat menentukan ketulenan susu tersebut. Ibu itu juga tidak lupa untuk menghantar laporan kepada Kementerian Kesihatan supaya tindakan lanjut dapat diambil.

Ibu bapa perlu sentiasa berhati-hati membeli susu anak kerana susu tiruan ini boleh memudaratkan kesihatan kanak-kanak.
Advertisemen