"Hilang Lidah!" - Perokok hilang lidah selepas isap 5 batang rokok sehari! - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Monday, December 11, 2017

"Hilang Lidah!" - Perokok hilang lidah selepas isap 5 batang rokok sehari!


Walaupun ramai yang berkongsi tentang keburukan rokok, tapi masih ramai juga yang menafikan dan terus dengan tabiat merokok. Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam dengan adanya tabiat seperti itu.

Sudah pasti ia juga boleh menyebabkan peningkatan kematian akibat rokok semenjak 30 tahun yang lalu. Sungguhpun begitu, masih ada segelintir yang masih berdegil dan meneruskan tabiat burut itu sehingga kini.

Kebanyakkan permulaan perokok ini bermula semasa mereka masih berada di bangku sekolah dengan berjinak-jinak dan hasil dari pengaruh rakan sebaya. Di sini kami ingin berkongsi kisah dari seorang lelaki yang terpaksa menjalani kehidupan yang sukar akibat dari perangai buruknya itu.

Semoga dengan perkongsian ini, dapat membuka mata kebanyakkan perokok tegar di luar sana agar berhenti sebelum perkara yang tidak di inginkan berlaku.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Faid mula melibatkan diri dalam dunia rokok ini pada usianya menginjak 17 tahun dan dia juga menyatakan dalam sehari dia akan menghabiskan sebanyak 5 batang rokok bersama-sama rakan sebayanya.

Setelah usianya mencecah 24 tahun, dia telah menerima satu berita buruk dan serta merta telah membuatkan duanianya terus gelap apabila dia didapati tergolong dalam salah seorang pesakit yang menghidap kanser mulut dan terpaksa mendapatkan rawatan kemoterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) Punca penyakit itu juga pada mulanya tidak diketahui, malah doktor juga menerangkan simptom-simptom ini terjadi kepada seorang peroko. Muhammad Faid juga seorang berkelulusan Pendidikan di sebuah universiti berkata tanda-tanda awal penyakit ini dari masalah ulser di bahagian lidah kirinya.

Sudah banyak kali dia dinasihatkan supaya berhenti dari tabiat buruknya itu, tetapi dia langsung tidak mengendahkannya kerana menganggap itu tidak menyakitkan. Anita 52, merupakan seorang ibu kepada Muhammad Faid berkata, luka-luka yang muncul pada awal tahun lalu tidak hilang begitu sahaja.

Pada bulan November, setelah mendapat hasil ujian biopsi dan ia telah disahkan penyakit kanser. Anita berkata, di antara bulan mei dan november lalu, Muhammad Faid telah mengalami pendarahan yang teruk sebanyak empat kali yang berpunca dari bahagian rongga lidahnya. Pada ketika itu, kansernya masih berada di tahap 1 dan 2 pada bulan Febuari, apabila masuk bulan Mei ia sudah masuk pada tahap ke 3.

Oleh disebabkan itu, doktor terpaksa membuat keputusan untuk memotong bahagian lidah Muhammad Faid pada Mei lalu. Doktor juga menghasilkan semula lidahnya dengan mengunakan sedikit kulit dari pahanya dan kini dia boleh bercakap walaupun tidak selancar seperti dahulu.

Sungguhpun Muhammad Faid sudah boleh bertutur tetapi diamasih tidak boleh makan seperti biasa. Kini dia terpaksa bergantung dengan makan menerusi tiub dan bahagianlehernya terpaksa ditebuk untuk membantunya mudah untuk bernafas. Amat menyedihkan jika dikenang.

Jadikan apa yang dikongsi oleh Muhammad Faid di atas tadi sebagai pengajaran kepada perokok-perokok tegar di luar sana. Sebelum terlambat, adalah lebih bagus anda berhenti dari sekarang sebelum anda menyesalinya seumur hidup. Menyesal kemudian tiada gunanya. Mencegah lebih baik dari merawat.

Sumber: SinarFm

No comments:

Post a Comment