Guru "diserang" ibubapa angkara fitnah palsu! - maitengoklah!

IKLAN

Guru "diserang" ibubapa angkara fitnah palsu!


Baru-baru ini, tular di media sosial apabila ibubapa ‘menyerang’ guru dengan menuduh guru mengadakan jamuan akhir tahun di hotel menggunakan dana Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG). Perkara ini sedikit sebanyak telah membangkitkan perasaan marah dalam kalangan guru apabila difitnah sebegitu.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kamarozaman Abd Razak menasihatkan agar semua guru tidak cepat melatah dan memanjangkan lagi isu mereka menggunakan dana PIBG sekolah itu.

Menurutnya, guru-guru jangan terlalu mengikut emosi dan sebaik-baiknya memaafkan pihak yang membuat dakwaan itu.

“Kalau orang (mendakwa) tu memahami, dia tidak akan cakap macam tu. Kalau tidak faham, maka janganlah mencampuri atau dia boleh menghubungi sekolah untuk mendapatkan kesahihan, bukannya membuat fitnah terhadap guru-guru.

“Kita (guru) pual tidak perlulah membesarkan perkara yang tidak memberi kesan kepada masyarakat. Nanti murid akan lihat tingkah laku guru. Sepatutnya kita menjadi contoh dan menjadi rakyat yang berfikiran positif,” katanya.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan memaklumkan tujuan utama dana PIBG itu memang untuk kemajuan dan kebajikan para pelajar.

Tetapi, terdapat juga peruntukan khusus dana PIBG itu untuk kegunaan guru, termasuklah mengadakan jamuan akhir tahun mereka. Malah, peruntukan khusus untuk guru ini juga akan dibincangkan dan mendapat kelulusan dalam mesyuarat PIBG yang dianggotai ibubapa sendiri.

“Bukanlah maksudnya jumlah keseluruhan perbelanjaan itu tetapi hanya peruntukan kecil yang munasabah, bergantung kepada dana yang ada dalam PIBG di sekolah.

“Malah, ia perlu dibincangkan dan mendapat kelulusan dalam mesyuarat jawatankuasa PIBG yang sebahagian besarnya dianggotai ibu bapa,” katanya.

Beliau menambah, tidak menjadi satu kesalahan mengadakan jamuan sekiranya sudah dibincangkan untuk kegiatan-kegiatan berkaitan dengan kebajikan guru.

Mungkin pihak yang dakwaan guru menggunakan dana PIBG untuk mengadakan jamuan akhir tahun itu tidak pernah pergi mesyuarat jawatankuasa PIBG? Jangan cepat menfitnah dan mendakwa guru-guru terbabit, siasatlah terlebih dahulu. - mStar
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment