Gadis ini hampir dirogol pekerja resort di Langkawi!!? - maitengoklah!

IKLAN

Gadis ini hampir dirogol pekerja resort di Langkawi!!?


Negara kita sekarang sudah tidak selamat lagi. Ada sahaja berita baru yang berkaitan dengan samun, rogol dan culik yang berlaku hampir setiap minggu. Pastinya mangsa bagi kejadian tersebut adalah wanita, sehinggakan ada yang sudah tidak berani untuk keluar dari rumah.

Baru-baru ini, tular lagi kisah cubaan rogol oleh pekerja di sebuah resort yang terletak di Langkawi. Perkongsian oleh Yan Celia di Facebooknya menceritakan tentang kejadian yang berlaku pada hari Rabu yang lepas kira-kira jam 7.20 pagi. Menurutnya, dia telah menempah sebuah bilik di Langkawi selama tiga hari. Niatnya ke sana adalah untuk mencari ketenangan.

Yan berkata, kejadian tersebut berlaku pada hari kedua dia di situ. Pada waktu itu dia sudah bangun pada jam 7 pagi dan sedang berbaring di atas katilnya dengan berbaju sukan. Ketika dia sedang baring, dia perasan akan kewujudan bayang-bayang yang ada di belakang panel kaca yang ada di situ.



“Saya tanya, awak siapa?”

Tiba-tiba muncul seorang lelaki tanpa baju dan berseluar hitam menolaknya ke katil. Dia terus menjerit dan cuba untuk melepaskan diri.

“Lelaki itu tutup mulut saya dan suruh saya diam. Saya tanya dia, awak nak apa? Awak nak duit?”

“Tapi jawapannya, saya nak awak”

Setelah dengar sahaja jawapan tersebut, dia terus bergelut untuk melepaskan diri. Yan terus menumbuk hidung lelaki tersebut sehingga berdarah. Kerana sakit ditumbuk, lelaki itu menolaknya masuk ke bilik mandi dan terus melarikan diri.



Selepas kejadian tersebut, dia terus menghubungi reception untuk mendapatkan pertolongan, dan pihak mereka memberi buggy ke biliknya, dan buggy tersebut dipandu oleh lelaki yang menurutnya lelaki tersebut adalah lelaki yang menyerangnya tadi.

“Saya checked out pada jam 8.30 pagi dan lelaki itu juga yang menghantar saya ke bilik. Saya terus kemas barang dan ambil cadar yang ada darah dia untuk dijadikan sebagai bukti”



Kemudian Yan membuat laporan di Balai Polis Kuala Teriang. Pihak polis menghantarnya ke hospital bagi rawatan lanjut. Nasib menyebelahinya, dia tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Selepas beberapa siasatan yang dilakukan oleh pihak polis, mereka telah menangkap seorang lelaki iaitu lelaki yang memandu buggy untuknya tadi. 

Menurut polis, lelaki tersebut baru berumur 17 tahun dan mengaku bahawa dia masuk ke biliknya untuk mencuri, bukannya merogol.



“Polis beritahu saya, suspek masuk ke dalam bilik saya untuk merompak, tetapi bila perasan saya sudah bangun dari tidur, dia terus sorok di dalam bilik itu”

“Dia dapat kunci bilik saya dari pihak housekeeping, dan dia tidak berbaju pada waktu itu kerana tidak mahu saya perasan yang dia adalah pekerja di resort berkenaan,” kata Yan.



Polis memaklumkan bahawa tiada bukti yang mencukupi untuk mengatakan bahawa lelaki tersebut cuba untuk merogolnya. Pihak polis akan menyiasat kes itu di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana serangan dan Seksyen 448 kerana menceroboh.

Yan turut menambah,

“Bilik di resort itu langsung tidak selamat kerana hanya ada satu kunci di pintu dan kakitangan mereka langsung tidak membantu. Bilik itu juga tiada access card kerana sudah rosak”




Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komander DR Che Ghazali Che Awang, dia akan cuba mendapatkan maklumat tentang kejadian ini dari Jabatan Sumber Manusia di resort tersebut untuk mendapatkan gambaran tentang apa yang berlaku pada waktu itu.

Nasib baik Yan selamat dan tak jadi apa-apa. Wanita di luar sana, hati-hatilah bila bercuti tu ya! - lobakmerah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment