"Boleh f*ck off!" - Individu Maki Mufti Perak Kerana Tegur Berkabung Atas Kematian Jonghyun - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Tuesday, December 26, 2017

"Boleh f*ck off!" - Individu Maki Mufti Perak Kerana Tegur Berkabung Atas Kematian Jonghyun


Pada minggu lalu, peminat Kpop seluruh dunia telah digemparkan dengan kematian penyanyi vokal utama kumpulan popular Shinee, Jonghyun. Tambahan pula, Jonghyun dilaporkan telah membunuh diri akibat daripada mempunyai kemurungan atau depresi yang berpanjangan.

Sejak kematiannya dilaporkan, peminat seluruh dunia termasuklah di Malaysia bersedih kerana Jonghyun telah menyentuh hati mereka dengan muziknya yang versatile.



Susulan kematiannya, 100 orang peminat Jonghyun di Malaysia telah berkumpul di tepi Sungai Klang di Masjid Jamek, Kuala Lumpur bagi bersama-sama meratapi kematian serta memberikan penghormatan terakhir kepada penyanyi kesayangan mereka.

Berikutan kejadian ini, gambar mereka ketika upacara itu telah tersebar dan menimbulkan kecaman dan kemarahan orang ramai gara-gara tidak setuju dengan cara mereka yang beragama Islam berkumpul dengan membawa lilin serta belon sebagai tanda simbolik pemergiannya.

Melihat kepada hal ini, Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria memberitahu bahawa upacara penghormatan terakhir itu merupakan budaya kafir dan tidak sepatutnya menjadi ikutan bagi yang beragama Islam.

Tidak boleh. Haram kalau buat kerja macam itu. Kalau artis atau individu itu orang Islam, kita hadiahkan al-Fatihah. Kalau bukan Islam, takkan hendak doakan syurga pula? Sudahlah dia bunuh diri, kenapa hendak ikut budaya kafir? Buat apa?”



Nasihat yang diberikan oleh Mufti Perak sebaiknya diterima walaupun pedas terutamanya bila melibatkan hal agama. Namun, ada segelintir yang tidak dapat menerima teguran ini termasuklah seorang individu yang bertindak memaki mufti berkenaan di Twitter.

Wanita tersebut telah memaki nasihat mufti berkenaan kerana tidak menghormati orang lain yang sedang berkabung. Selain itu, dia turut mengatakan bahawa mereka bersedih dan berkabung untuk orang yang telah memberi impak positif dalam hidup mereka.



Laman Twitter wanita itu yang kini diletakkan dalam mod privasi telah mendapat kecaman daripada netizen yang terkejut dengan tindakan beraninya memaki mufti berkenaan yang menegur perbuatan mereka.



Antara komen netizen ialah dengan menyuruh wanita itu untuk bertaubat supaya tidak dilaknat Allah dan ada yang memanggilnya cetek akal dan sudah melebih-lebih kerana menggunakan ayat kasar itu.
Selain itu, ada juga yang menganggap wanita itu salah 
faham dengan maksud Mufti Perak itu kerana beliau telah memberitahu bahawa perbuatan berkabung dengan lilin itu haram dan bukannya berkabung yang haram.



Kita bolehlah meminati sesuatu perkara mahupun seseorang, namun setiap perkara ada batasnya. Sebagai umat Islam, janganlah kita terlalu taksub dan terikut-ikut dengan budaya yang bukan daripada ajaran Islam kerana takut terpesong akidah.

sumber : lobakmerah

No comments:

Post a Comment