Empat polis ditahan larikan rokok lepas pecah rumah

Advertisemen

EMPAT orang anggota polis yang bertugas di bahagian tugasan am ditahan atas pertuduhan terbabit memecah masuk rumah dan melarikan sejumlah karton rokok seludup bernilai RM35,00 dan wang tunai RM15,000 dipercayai hasil jualan rokok seludup sekitar daerah seperti yang dipetik dalam berita harian.

Kesalahan itu dipercayai dilakukan di rumah seorang ahli perniagaan di Taman Alam Perdana Kuantan bulan lalu di mana rumah berkenaan dijadikan stor simpanan rokok seludup pelbagai jenama.

Perbuatan mereka terbongkar susulan satu rakaman video yang tular yang dirakam dari pondok pengawal kira-kira 500 meter dari tempat kejadian yang memaparkan wajah suspek.

Tiga suspek berpangkat Lans Koperal dan seorang Koperal berumur antara 25-36 tahun ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Daerah Kuantan, jam 4 petang kelmarin kira-kira 4 jam selepas video itu tular.

Hasil siasatan awal mendapati mereka memecah masuk ketika mangsa tiada dirumah. 

Susulan itu mangsa membuat laporan polis pada 10 haribulan selepas menyedari kehilangan sejumlah karton rokok pada 9 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh dalam satu sidang sedia dipetik Sumber Harian metro mengesahkan penangkapan tersebut dan semua suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana memecah masuk kediaman.

"Sekali lagi dinyatakan bahawa Polis Diraja Malaysia Malaysia (PDRM) tidak berkompromi terhadap mana-mana pegawai atau anggota melanggar kesalahan dan terbabit dalam jenayah," katanya.

Beliau menambah bahawa dengan penangkapan suspek, pihaknya berjaya menyelesaikan kes berkenaan.

Sumber :Berita Harian, Harian Metro

Advertisemen