"Dah bagi free, di buat macm rumah sendiri!" - Baru 2 bulan dibuka percuma, Pusat Sains Negara jadi mangsa Vandalisme ! - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Saturday, December 23, 2017

"Dah bagi free, di buat macm rumah sendiri!" - Baru 2 bulan dibuka percuma, Pusat Sains Negara jadi mangsa Vandalisme !


Kemudahan yang telah disediakan sepatutnya dihargai dan dijaga bersama. Namun, sayang apabila ada segelintir pihak yang tidak bertanggjawab gatal tangan melakukan vandalisme pada barang hak milik awam ini.

Jika sebelum ini tular tentang stesen MRT telah dirosakkan selepas kurang seminggu beroperasi, kemudian terdapat contengan grafitti di Lebuhraya Pintas Rawang, kini masih ada lagi pihak yang tidak bertanggungjawab merosakkan barang pameran Pusat Sains Negara pula.

Untuk pengetahuan, Pusat Sains Negara telah ditutup lebih setahun yang lalu bagi tujuan menaik taraf dan pembaharuan pameran. Ia telah dibuka semula pada 11 Oktober lalu dan kemasukan dari tarikh pembukaan hingga 31 Disember ini adalah percuma.



Menurut Malaysian Digest, barangan pameran di Pusat Sains Negara yang baru dibuka semula selama dua bulan itu malangnya telah dirosakkan pada awal bulan lalu. Ishhh!

Pihak Pusat Sains Negara telah mendapati terdapat kesan dinding berlubang, lampin bayi yang telah digunakan dibuang merata-rata, pameran replika haiwan dan beberapa plakad pameran lain dirosakkan. Teruknya!








Baru-baru ini, Pusat Sains Negara telah memuat naik gambar di laman rasmi Facebook menunjukkan barangan pameran di situ termasuklah dinding telah dirosakkan. Tindakan tidak bermoral ini dipercayai telah dilakukan oleh para pengunjung yang terdiri daripada orang dewasa serta kanak-kanak.

Bukan sekadar barangan pameran dirosakkan, malah pada 14 Disember lalu, pihak mereka turut memuat naik gambar menunjukkan tindakan sekumpulan kanak-kanak dengan selamba bermandi-manda di dalam sebuah kolam air pancut yang terdapat di dalam kawasan Pusat Sains Negara. Tu tempat mandi ke dek?



Netizen yang melihat keadaan ini rata-rata kecewa dan berang dengan segelintir masyarakat yang tidak pandai menjaga barangan awam serta mengecam tindakan mereka yang mengambil kesempatan memandangkan pusat ini dibuka dengan percuma.



Bukan itu sahaja, mereka juga hairan bagaimana anak-anak itu boleh dilepaskan begitu sahaja tanpa pengawasan ibu bapa mereka.



Pihak Pusat Sains Negara turut menyatakan rasa kesal dan merayu orang ramai supaya hentikan vandalisme serta menggunakan fasiliti yang telah disediakan sewajarnya bagi memberi ruang kepada mereka untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengunjung.

Dah bagi masuk percuma, buat perangai pulak! - lobakmerah

No comments:

Post a Comment