info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Tuesday, December 26, 2017

Cedera muka dan tangan angkara barang tiruan!


CHINA merupakan antara negara yang sinonim dengan penghasilan dan penjualan barangan tiruan daripada barangan elektronik sehinggalah alat permainan dan kosmetik.
Meskipun dijual pada harga yang jauh lebih murah berbanding yang tulen, namun pelanggan haruslah sentiasa berwaspada akan implikasi yang bakal dihadapi kerana menggunakan barangan elektronik tiruan.

Akibat ‘main sebat’ saja, seorang remaja yang berasal dari Pingxiang, China dilaporkan cedera parah di muka dan tangan selepas menggunakan pemain lagu MP3 tiruan.

Menurut neneknya, mangsa yang dikenali sebagai Xiao Peng sedang mendengar muzik dari gajet berkenaan sebelum pemain MP3 itu meletup di depan mukanya.

“Dia sedang berdiri di balkoni sambil mendengar lagu sebelum saya terdengar bunyi letupan. Saya terus segera meluru ke arah dia dan mendapati Xiao Peng terbaring berlumuran darah.

“Sementara itu, alat pemain MP3 miliknya di lantai dan kelihatan hangus terbakar,” katanya dipetik laporan sebuah portal.




Akibat mengalami kecederaan yang teruk, Xiao Peng terpaksa menjalani pembedahan kecemasan selama lebih kurang lapan jam.

Hasil rawatan, doktor mendapati tangan remaja 13 tahun itu mengalami keretakan, mukanya melecur dan matanya juga rosak.

Bagaimanapun, difahamkan keluarganya tidak mampu membayar bil perubatan yang mencecah 200,000 yuan (RM124,000) kerana bapanya telah meninggal dunia dan ibunya menghidap penyakit mental.

Dalam pada itu, pihak polis yang menyiasat kes ini mendapati tiada rekod mengenai syarikat pengeluar alat elektronik tersebut.

Peniaga pemain MP3 itu menjelaskan dia telah membeli gajet itu dengan harga borong dan dijual dengan harga 18 yuan (RM11).


No comments:

Post a Comment