"Boikot sampai miskin!" - Penceramah Seru Orang Ramai Boikot Safiey Illias Sampai Miskin - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Wednesday, December 27, 2017

"Boikot sampai miskin!" - Penceramah Seru Orang Ramai Boikot Safiey Illias Sampai Miskin


Semalam kisah mengenai Safiey Illias yang dikecam netizen kerana telah memberikan tazkirah panjang lebar mengenai agama sedangkan dia sendiri dengan senang hati berpenampilan seperti wanita walaupun berjantina lelaki.

Jika dibandingkan dengan Sajat yang ‘tidak pernah’ mengakui dirinya sebagai seorang lelaki, Safiey pula tidak pernah segan menegaskan bahawa dia adalah seorang lelaki.

Berani betul!



Namun begitu, penampilannya jelas-jelas tidak setara dengan pernyataan yang diluahkan daripada mulutnya. Hal ini kerana, Safiey yang dahulunya pernah insaf dan kembali kepada fitrah telah muncul semula berpakaian seperti wanita.

Melihat kepada sifat keterbukaan Safiey yang menguar-uarkan jantinanya itu tetapi tetap berpakaian wanita membuatkan ramai yang gusar jika ada yang terpengaruh dengan caranya yang pelik itu.

Antara yang tampil memberikan pandangan ialah seorang pensyarah, pakar motivasi dan penulis di Universiti Sains Malaysia, Dr Syahr Musafir yang berpendapat bahawa orang seperti ini haruslah diboikot produk keluaran mereka kerana sikap mereka yang semakin menjadi-jadi.



Makin kaya mereka makin terpesong.”

Tambah beliau, mereka perlu diboikot sehingga miskin supaya mereka dapat merasakan kesusahan hidup dan kembali ingat kepada Allah.

Selain itu beliau meminta jika ingin menyokong orang-orang seperti ini bolehlah sokong dengan cara berdoa secara senyap supaya mereka kembali ke pangkal jalan dan bukannya dengan cara membeli produk mereka.

p>Melalui entrinya, Dr Syahr juga menyifatkan Safiey ibarat perempuan jadian lelaki atau serigala jadian manusia. Bukan itu sahaja, penceramah ini sempat menyelar ‘kekasih’ Safiey yang mempunyai rupa yang elok, badan yang berotot dan mengaku lelaki secara batin dan zahir, namun, masih memilih untuk bersama dengan perempuan jadian seperti Safiey.

Alahai…

Malah tambahnya lagi, golongan pondan yang teringin untuk berkahwin perlulah bernikah dengan perempuan kerana hakikatnya mereka masih lelaki.

Di akhir entri Facebook miliknya, beliau menyeru kepada orang ramai untuk mula memboikot produk keluaran Safiey Illias dan jangan lagi memberi sumber kewangan kepada golongan sepertinya supaya mereka kembali miskin dan pulang ke pangkal jalan.

“Makin kaya mereka makin terpesong, jom kita boikot mereka supaya bila miskin mereka rasa kesusahan hidup dan kembali ingat Allah SWT.”

Netizen yang membaca penulisan Dr Syahr Musafir rata-rata bersetuju dengan apa yang beliau sampaikan. Mereka juga turut bercadang untuk memboikot produk keluaran Safiey sebagai pengajaran buatnya.



sumber : lobakmerah

No comments:

Post a Comment