“Bakar besi, cucuk dia!” – Netizen Setuju Hukuman Kepada Pedofil Dicadangkan Ahli Parlimen - maitengoklah!

IKLAN

“Bakar besi, cucuk dia!” – Netizen Setuju Hukuman Kepada Pedofil Dicadangkan Ahli Parlimen


Jenayah seksual ke atas kanak-kanak merupakan antara jenayah yang paling kejam tetapi masih terjadi bukan sahaja di luar negara tetapi turut terjadi di Malaysia.

Dari hari ke hari kita sering kali disajikan dengan berita jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak. Apa yang lebih menyedihkan ialah apabila kanak-kanak ini telah dieksploitasi oleh keluarga mereka sendiri.


Pada bulan ini sahaja, bersusun berita yang melaporkan tentang kanak-kanak yang telah dirogol oleh ahli keluarga mereka sendiri. Tidak kurang juga kisah ibu yang sanggup melacurkan anak kecil untuk mendapat duit.


Dengan lambakan berita yang menjelikkan ini, ia telah menimbulkan kebimbangan kepada rakyat serta pihak atasan. Oleh itu, tidak hairan jika ia menjadi satu kebimbangan hingga disebut di Dewan Rakyat.


Jika sebelum ini wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyarankan pengedar dadah untuk ditembak mati, pada kali ini menurut WORLD OF BUZZ seorang lagi ahli parlimen BN turut mencadangkan hukuman yang berat diberikan kepada penjenayah yang melakukan jenayah seksual ke atas anak mereka.




Hukuman yang telah dicadangkan oleh Ahmad Lai Bujang, wakil rakyat parlimen BN bahagian Sibuti ialah pedofil akan dikenakan hukuman dengan cara dicucuh dengan besi panas.


Kalau boleh, Yang Di Pertua, saya mencadangkan lelaki yang mengerjakan ini, kita bakar satu besi panas dan cucuk kepada dia, supaya dia berasa bagaimana sedihnya perasaan orang yang terkena perkara begini,”


Beliau turut mendakwa bahawa cadangan yang diberikan wajar dilaksanakan kerana perbuatan jijik penjenayah akan meninggalkan kesan dan tekanan kepada mangsa dan keluarga.


Walau bagaimanapun, cadangan beliau tidak dihiraukan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun yang sedang menjawab pertanyaan daripada ahli parlimen lain.


Kebanyakan netizen yang mendengar cadangan yang diberikan masing-masing merasakan mungkin ada baiknya tindakan seperti ini supaya pemangsa turut dapat rasakan kesakitan seperti apa yang mangsa telah lalui.










Sama ada hukuman ini wajar atau tidak wajar untuk dilakukan masih menjadi perdebatan antara netizen. Hukuman seperti ini memerlukan siasatan yang lebih mendalam sebelum ianya dijatuhkan.

Mungkin ada baik juga hukuman begini. Barulah orang takut sikit nak buat kesalahan. Orang ramai pun boleh berjaga-jaga bila ternampak individu yang mempunyai tanda cap ini. via lobakmerah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment