Berang deposit tidak dikembalikan, penyewa balas dendam terhadap tuan rumah - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Tuesday, December 26, 2017

Berang deposit tidak dikembalikan, penyewa balas dendam terhadap tuan rumah

Gambar Hiasan

Dalam apa-apa syarat menyewa rumah, deposit bayaran akan sentiasa dikenakan. Deposit ini adalah sebagai satu kaedah supaya penyewa bertanggungjawab terhadap rumah yang disewa.

Deposit yang dikenakan dapat mengelakkan perkara-perkara tidak diingini berlaku kepada rumah yang disewanya.

Antara kes yang berlaku ialah penyewa membiarkan rumah kotor, tidak membayar bil elektrik, dan membawa masuk orang asing menumpang rumahnya.

Dalam satu kejadian di Guangxi, China, satu pasangan daripada warga asing telah menyewa sebuah rumah yang dimiliki oleh seorang penduduk tempatan.

Dalam perjanjian, mereka bersetuju untuk tinggal di rumah tersebut sekurang-kurangnya satu tahun dan wang deposit juga akan dikembalikan selepas tempoh tersebut.

Akan tetapi, pasangan ini hanya menetap selama lima bulan dan meminta wang deposit mereka dikembalikan.

Tindakan tersebut adalah bertentangan dengan perjanjian mereka dan oleh itu, wang deposit tidak dikembalikan.

Beberapa bulan selepas itu, jiran-jiran mula membuat aduan bau busuk yang amat pelik daripada rumah tersebut.



Apabila tuan rumah memeriksa ke dalam rumahnya, dia terkejut kerana rumahnya dipenuhi ikan busuk malah, ulat sudah memenuhi ruangan rumahnya.

Geli betul!

Penyewa tersebut nampaknya berang apabila wang deposit tidak dikembalikan. Dia telah membuang ikan-ikan yang busuk di dalam sinki, atas syiling, pasu bunga, malah almari baju.



Kesannya, ulat mula mengelilingi ikan-ikan tersebut dan membiak. Bau busuk daripada ikan dan ulat tersebut terlalu kuat hingga dapat dibau oleh jiran-jiran.

Apabila tuan rumah mencari pekerja pembersihan, tiada sesiapa  yang sanggup melakukannya kerana keadaan di rumah tersebut terlalu teruk.

Bekas penyewa itu kini sudahpun menghilangkan diri dan tuan rumah dalam proses untuk membuat laporan polis.

Jika kita terdapat sebarang masalah dengan tuan rumah ataupun penyewa, gunakanlah kaedah diplomasi iaitu berbincang mencari penyelesaian.

Tidak perlulah kita berbalas dendam dengan masing-masing melakukan perkara yang melampau.

Sumber gambar: World of Buzz

No comments:

Post a Comment