info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Saturday, December 23, 2017

“Sah atau tak tu urusannya dengan Allah” – Gadis Kagum ‘Orang Gila’ Masih Ingat Untuk Solat


Masalah yang melibatkan tentang orang gila kini kian tidak didengari. Semakin lama semakin senyap berita tentang mereka. Tidak seperti sebelumnya, ada sahaja berita buruk yang dikaitkan dengan golongan ini. Baru-baru ini tular pula kisah ‘orang gila’ di media sosial, tetapi kisah ini semestinya dapat dijadikan inspirasi dan contoh bagi mereka yang waras.

“Cerita petang tadi dalam pukul 6.15 petang. Ini bukan rekaan ye. Atien excited sebab pertama kali tengok depan mata”

Menurut Fattin Naimah di Facebook, dia juga terkejut dengan kejadian ini di mana dia sangkakan orang gila tersebut mahu mendekati dan mencederakannya, tetapi tekaannya meleset sama sekali. Pada waktu itu dia sedang menunggu pelanggannya di dalam kereta memandangkan keadaan ketika itu sedang hujan. Tiba-tiba muncul seorang lelaki tua berpakaian lusuh serta tidak berkasut.



“Nampak memang kurang waras lah. Kalau tengok nampak macam orang gila, tapi wallahualam lah. Dia tak kacau orang pun”

Firasatnya pada waktu itu bahawa lelaki berkenaan mahu mendekati ke arah keretanya, tetapi rupa-rupanya dia berhenti di kawasan air yang bertakung dek kerana hujan. Apa yang mengejutkan, lelaki tersebut mengambil air sembahyang dengan menggunakan air yang bertakung itu dan cara wudhunya juga sangat sempurna.

“Dia berhenti dekat air bertakung. Ingat nak buat apa, last-last dia ambil air sembahyang. Yang syoknya, cara dia ambil tu memang tak ada salah langsung. Memang step by step semua betul”



Teruja dengan situasi itu, Fattin terus merakam tingkah laku lelaki tersebut. Selesai membasuh kaki, lelaki itu terus jalan menuju ke sebuah bangunan dan solat di situ. Fattin tidak pasti sama ada kiblatnya pada arah yang betul atau tidak, tetapi secara zahirnya, solat lelaki itu sempurna.

“Dia berjalan dan terus solat, mungkin solat asar sebab pukul 6 lebih masa tu. Kiblat tak tahu lah betul ke tak, tapi cara dia solat pun step by step memang betul”





Fattin yang menjadi saksi pada situasi itu sangat terharu. Baginya, sedangkan orang yang kurang waras pun masih ingat Tuhannya, tetapi kita manusia yang sempurna zahir dan batin, sengaja lupa pada Tuhan. Dia turut mengambil iktibar dengan kejadian ini dan merasa malu dengan diri sendiri.

“Sah atau tidak itu urusan dia dengan Allah. Jadi jangan pandang hina pada orang macam tu ye. Kemungkinan besar iman dia lagi kuat kalau nak dibandingkan dengan kita”

Hebat betul ingatan dia pada Tuhan.. Harap kita yang sihat luar dan dalam ini dapat jadikan ia sebagai iktibar untuk terus berubah ke arah yang lebih baik ya… - lobakmerah

No comments:

Post a Comment