Anak Dan Isteri Dilibas Dengan Pisau Selepas Ditegur! - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Monday, December 25, 2017

Anak Dan Isteri Dilibas Dengan Pisau Selepas Ditegur!


Memberi makan isteri dan anak adalah tanggungjawab seorang suami. Apabila isteri mula hilang sabar, dia mula berleter dan juga mengeluh kerana suaminya tidak bekerja.

Jika suami tidak bekerja, jadinya semua tanggungjawab dalam rumah diserahkan kepada isteri. Setiap manusia mempunyai tahap kesabaran tersendiri. Jika sudah bertahun-tahun memendam rasa, isteri mana yang dapat bertahan.

Jika tidak bekerja, mungkin masih boleh bersabar, tetapi jika si suami juga seorang penagih dadah, mana-mana isteri pasti rasa marah dan kecewa.


Seperti kes yang berlaku di Jasin, Isteri serta dua anak masing-masing berusia setahun dan lima tahun cedera selepas dilibas suami dengan menggunakan pisau pemotong sayur selepas terjadi pertengkaran antara pasangan terbabit.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Tehel, Bemban di sini pada jam 3 pagi semalam selepas lelaki tersebut mengamuk ditegur isterinya kerana tidak bekerja.

Menurut Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Arshad Abu, siasatan mendapati pertengkaran berpunca akibat suspek cemburu dan pada masa yang sama isterinya juga memarahi dia kerana sudah seminggu tidak bekerja selain didapati menagih dadah.

“Ketika pertengkaran berlaku, isteri suspek mendukung anaknya yang berusia setahun sebelum lelaki itu mengambil sebilah pisau sayur di dapur dan melibas ke arah mangsa sehingga cedera.

“Melihat keadaan isteri dan anaknya yang tercedera, suspek menelefon ibu mentuanya supaya datang ke rumah untuk membawa mangsa mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.

Jelas Arshad, anak suspek yang berusia lima tahun calar di perut manakala seorang lagi anaknya cedera di kepala serta tengkuk dan menerima 13 jahitan akibat terkena pisau.

“Manakala isterinya mengalami kecederaan di kedua-dua lutut, jari serta kepala dan menerima 17 jahitan.



“Suspek bertindak melarikan diri sebelum berjaya ditahan polis kira-kira 2.30 petang tadi di hadapan sebuah hotel Jalan Gajah Behrang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Sumber: Siakapkeli.my

No comments:

Post a Comment