info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Sunday, December 24, 2017

‘Ada Batasnya, Tak Payah Selak La’ – Azura Zainal Dikecam Gara-Gara Muat Naik Foto ‘Breastfeeding’


Mungkin ramai tidak mengenali siapakah Azura Zainal ini. Wajah manis berambut kerinting ini pernah mengacarakan antara program popular di Malaysia seperti X-polarasi, Aktifpedia dan Langit & Bumi. Bukan sahaja pengacara TV, Azura juga merupakan penyampai di stesen radio Red FM.


Baru sahaja menimang cahaya mata, pengacara dan penyampai radio itu dilihat gemar sahaja berkongsi gambar-gambar putera sulungnya, Zeydan Genuino di Instagram.

Memang handsomebudaknya, mana tidaknya, anak kacukan kan. Walau bagaimanapun, baru-baru ini, Azura menjadi sasaran kecaman netizen apabila dia memuat naik sekeping gambar yang menunjukkannya sedang menyusukan Zeydan.



Entrinya itu mengundang reaksi dan komen negatif daripada segelintir netizen yang menyelar tindakannya sebagai ‘tidak tahu malu’. Ada yang mempersoalkan motif pengacara itu memuat naik foto sedemikian. Malah, foto tersebut turut mengundang komen berbaur lucah.





Walau bagaimanapun, hampir 90% komen adalah berbunyi positif. Rata-rata memuji semangat Azura dalam memilih untuk menyusu badan anaknya walaupun terikat dengan jadual kerja yang ketat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : BeritaSteady

No comments:

Post a Comment