IKLAN

WOW - Izara Aishah Dapat Rolls Royce Bakal Abg Ipar!!


Untung sebenarnya menjadi Izara Aishah binti Hisham atau lebih dikenali sebagai Izara Aishah, bukan sahaja disebabkan mempunyai rupa paras yang cantik, bentuk badan yang sempurna tetapi ternyata dia juga disayangi oleh keluarga bakal suaminya.

Itu terbukti apabila video bakal abang iparnya menghadiahkan Izara dan juga tunangnya, Adib Khalid sebuah kereta telah menjadi viral di media sosial dan ia bukan kereta sebarangan tetapi sebuah kereta Rolls Royce.

Wow, seperti semua ketahui kereta jenama seperti itu tidak semua orang mampu miliki tambahan pula dijadikan sebagai hadiah tetapi mungkin ia dihadiahkan sebagai ucapan tahniah dan tanda kasih sayang bakal abang ipar kepada adik iparnya.

Yang pastinya, dalam video berdurasi 41 saat itu jelas menunjukkan reaski Izara yang terkejut dan gembira dengan hadiah yang diberikan oleh bakal abang iparnya itu. Malah, Adib juga turut kelihatan terkejut melihat hadiah yang abangnya berikan.

Siapa tidak suka dapat hadiah lagi pula hadiah itu adalah hadiah yang terbilang mahalnya. Tak payah bersusah payah ikat perut untuk beli kereta idaman, tengok-tengok dah dapat. Ada lagi ke lelaki yang baik hati nak beri kereta Rolls Royce sebagai hadiah, saya masih single dan sudi menerimanya.

Sementara itu, Izara Aishah bakal menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan anak diri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid selepas mengikat tali pertunangan pada 7 Julai lalu.


Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment