IKLAN

Wanita Hamil 7 Bulan Ditahan Tawarkan Seks ‘Threesome’, Perlu Wang Untuk Bayar Kos Bersalin


Seorang ibu yang sedang hamil sepatutnya menjaga perlakuan dan keadaan bayi di dalam kandungannya supaya proses kelahiran nanti lancar tanpa sebarang komplikasi serius. Namun ibu yang ini lain pula gayanya. Macam tak percaya dia sanggup lakukan perkara macam tu!

Menurut Coconuts, seorang wanita telah ditahan di Surabaya, Indonesia minggu lalu kerana didakwa melacurkan diri sendiri dan rakannya melalui media sosial.



Wanita yang sarat hamil tujuh bulan itu baru berusia 27 tahun dan dikenali sebagai FWS, ditangkap pada Isnin lalu bersama rakannya ketika sedang ‘beraksi’ dengan seorang pelanggan di sebuah hotel. Fuh gilalah!

Menurut pihak polis Surabaya, wanita tersebut ditahan kerana telah menawarkan khidmat seks threesome. Ketika ditahan, suspek dan mangsa (rakan suspek) dalam keadaan bogel serta sedang melayan seorang pelanggan di bilik 302 hotel di Surabaya Selatan.




FWS juga didakwa telah meletakkan bayaran sebanyak 700,000 rupiah (RM219) untuk khidmat seks selama dua jam. Malah FWS juga dijangka mendapat bayaran 300,000 rupiah (RM94), manakala rakannya mendapat 400,000 rupiah (RM125) iaitu lebih sedikit daripadanya walaupun dia telah mengeksploitasi sahabatnya itu.

Apa yang lebih menyedihkan ialah FWS sedang hamil tujuh bulan. Apabila disoal mengapa dia berbuat jenayah demikian, suspek memberitahu polis dan media bahawa dia memerlukan wang untuk membayar kos bersalinnya di hospital. Alahai… tapi takkanlah sampai melacur??


“Saya sedang hamil tujuh bulan, tapi (ketika saya ditahan) suami saya tidak tahu yang saya sedang ‘bekerja’. Saya lakukan semua ini kerana keadaan ekonomi yang memaksa,” katanya yang memakai topeng putih demi melindungi identiti sebenar.
Kesian pulak bila mendengarnya… haih!
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment