Wanita Dedah Taktik Baru Peniaga Online FB Hantar Barang COD, Paksa Penerima Bayar - maitengoklah!

IKLAN

Wanita Dedah Taktik Baru Peniaga Online FB Hantar Barang COD, Paksa Penerima Bayar


Sekarang ni macam-macam taktik digunapakai untuk perdaya dan ambil duit individu lain.

Pelbagai muslihat mereka cuba lakukan untuk pastikan penipuan itu menjadi.

Baru-baru ini seorang wanita telah membongkar cara terbaru penipuan peniaga online selepas dia sendiri hampir menjadi mangsa.

Menurut pengguna Facebook, Akma Omar, dia telah mendapat sebuah parcel berisi dua unit Whitening Spot Removing Cream, lengkap dengan nama dan alamat rumahnya.


Walau bagaimanapun, Akma mendakwa tidak pernah membuat sebarang pesanan secara online untuk barang tersebut. Barang yang dihantar itu pula perlu dibayar secara cash on delivery (COD) sebanyak RM268.

Apabila Akma enggan membayar, penghantar barang tersebut tetap memaksanya untuk menjelaskan bayaran mengikut jumlah yang dinyatakan.

Hal ini membuatkan Akma berang dan menjelaskan bahawa dia tidak mahu membayar kerana tidak pernah membuat pesanan untuk barang tersebut.


Akma kemudian sedar bahawa ini mungkin scam baru peniaga dan menyuruh penghantar barang untuk memulangkan parcel itu semula sebelum mengambil gambar butiran barang tersebut.

Kau pulangkan balik! Ini scam. Ingat aku bodoh ke? Suka-suka hantar barang dan suruh orang bayar!” kata Akma kepada penghantar barang.

Terang Akma lagi, penghantar barang itu kemudian memberitahu perkara ini sering berlaku sekarang. Barang-barang COD ini sering dihantar kepada orang ramai secara rawak oleh peniaga online di Facebook.

Melalui cara ini, ada yang akan membayar sahaja jumlah COD tersebut kerana mungkin terlupa pernah membuat pesanan barang itu.

Menurut Akma lagi, dalam 20 barangan yang dihantar secara rawak, tidak mustahil untuk empat atau lima penerima yang akan membayar jumlah tersebut.

Hati-hati semua! Macam-macam muslihat yang digunakan sekarang ni. Mungkin setelah membuat pesanan online, bolehlah buat catatan supaya tak tertipu dengan scam yang macam ni.


sumber : lobakmerah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment