"Tuan kereta, saya mintak maaf!" - Kejujuran pelajar ini buat pemiliknya terkesima! - maitengoklah!

IKLAN

"Tuan kereta, saya mintak maaf!" - Kejujuran pelajar ini buat pemiliknya terkesima!


BUKAN mudah nak jumpa orang yang jujur mengaku kesalahan sendiri, malah bukan mudah juga bagi segelintir individu untuk mengaku bersalah serta memohon maaf.

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Hafidz Hakimy memuat naik status beserta gambar sekeping nota daripada seseorang memohon maaf daripadanya kerana tidak sengaja menyebabkan keretanya calar.

Menceritakan mengenai kejadian tersebut, Hafidz memberitahu kejadian itu berlaku pada dua minggu lalu sewaktu pulang ke rumah ibunya di Kampung Titi Gajah, Alor Setar, Kedah.


Pada 3 November lalu kira-kira jam 3 petang, dia yang juga merupakan guru di Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, Kepala Batas sedang memandu kereta jenis Chevrolet Aveo Merahnya sebelum berhenti di sebuah persimpangan jalan.

Bagaimanapun ketika hendak memasuki simpang, muncung di bahagian depan kenderaannya secara tidak sengaja dilanggar sebuah motosikal yang ingin membelok.


Pun begitu, penunggang berkenaan tidak pula memberhentikan motosikalnya malah meneruskan perjalanan tanpa mengendahkan Hafidz.

“Saya tidak mengambil sebarang tindakan kerana hanya terdapat kesan calar di bahagian depan saja,” katanya memetik portal Harian Metro.

Bagaimanapun, Hafidz pada keesokan hari terkejut setelah menerima sepujuk surat berisi sehelai kertas dengan tulisan dakwat merah yang diletakkan di pelantar rumah ibunya.

Surat tulisan tangan itu dipercayai milik seorang pelajar yang ingin memohon maaf selepas tidak sengaja melanggar keretanya.

“Petang tadi saya rasa rasa kereta tuan/puan yang langgaq motosikal saya. Kalau salah kereta minta maaf. Kalau betul pun saya nak minta maaf juga. Sata tahu saya yang bersalah petang tadi.

“Saya terus jalan saja sebab tak mahu perbesakan kes ini. Motor saya tak ada apa-apa, cuma kaki saya saja terkena kereta tuan/puan sikit.

“Tapi tak ada apa-apa pun. Kalau kereta tuan/puan ada calar sikit ke, banyak ke, saya minta maaf sangat-sangat.


“Saya nak ambil peperiksaan SPM tiga hari lagi. Sekali lagi saya nak minta maaf. Kalau ada salah dengan manusia ini kita kena minta maaf dengan dia sebab itu salah kita dengan dia. Tak boleh minta maaf dengan Allah.

“Saya harap tuan/puan maafkanlah. Jangan doakan yang pelik-pelik sebab saya nak ambil SPM. Saya harap tuan/puan redha dengan kesalahan saya,” tulis pelajar berkenaan.

Namun begitu, Hafidz tidak menyimpan dendam atau marah, malah memafkan pelajar berkenaan dan kagum dengan kejujuran dalam menulis surat untuk memohon maaf walaupun tidak berjumpa dengannya secara berdepan.

Susulan daripada kejadian itu, Hafidz menasihatkan pelajar berkenaan supaya lebih berhati-hati apabila menunggang motosikal kerana masih muda dan mendoakan supaya remaja itu cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Perkongsian Hafidz di laman sosial itu turut mendapat reaksi positif daripada netizen yang memuji sikap murninya dan tindakan pelajar tersebut yang berani berterus terang mengaku kesilapan diri.

via : Hakimy Albertamy
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment