IKLAN

''Tidak Bermaruah'' - Veteran Tentera Selar Keputusan Tarik Balik Khimat Pengawal UTK Tun Mahathir


Tindakan menarik balik khidmat pengawal peribadi Unit Tindakan Khas (UTK) kepada Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahatahir Mohamad diselar oleh Persatuan Patriot Kebangsaan.

Brigadier Jeneral (B) Datuk Mohd Arshad Raji yang juga Presiden persatuan tersebut menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab. Pihaknya turut berikrar untuk terus ''mempertahan dan melindungi'' bekas Perdana Menteri itu.

"Kita tidak boleh jadi patriot kepada bangsa ini jika tidak bersimpati dengan pemimpin negara yang telah berkhidmat kepada rakyat, negara dan Raja-Raja," katanya lagi.

Sebelum ini, kontrak tukang masak dan pembantu pejabatnya telah ditamatkan serta khidmat polis pengiring juga ditarik balik. Tindakan terbaru yang diambil ini dipercayai ada kaitan dengan pembabitan Negarawan tersebut dengan parti politik pembangkang dan lantang mengkritik kerajaan.

Mohd Arshad turut mendakwa bahawa keputusan menarik balik khidmat pengawal peribadi UTK itu sebagai ''amatur, tidak bertanggungjawab, tidak bermaruah serta merendahkan'' bekas pemimpin yang banyak berjasa kepada negara sepanjang tempoh 22 tahun berkhidmat sebagi Perdana Menteri.

"Para pemimpin dunia memberi perhatian yang tinggi kepada beliau dan Malaysia pernah mendapat penghormatan semasa kepimpinannya. Semasa kemelesetan global 1998, tindakan Mahathir menyelamatkan ekonomi kita.

"Tidak kira apa pun beliau hari ini, beliau pastinya tidak berhak menerima layanan yang tidak bertanggungjawab seperti itu oleh kerajaan," kata Mohd Arshad lagi.

Mohd Arshad menambah, jika perkara tidak diingini menimpa ke atas Tun Dr Mahathir, pihaknya akan menyalahkan kerajaan atas perkara tersebut.


Sumber : Malaysia Kini
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment