Surat Terbuka Tun Mahathir Kepada Negara Arab Buat Umat Islam Sentap!! - maitengoklah!

IKLAN

Surat Terbuka Tun Mahathir Kepada Negara Arab Buat Umat Islam Sentap!!


Negara-negara Arab terus bergolak, belum pun selesai krisis Yaman, heboh khabar angin perang Saudi-Iran pula bakal meletus. Akhirnya Tun Mahathir menulis surat terbuka berani kepada pemimpin-pemimpin Arab buat satu dunia Islam sentap. Allahu. Jom baca dan kongsikan.

MERAYU PERANG DIHENTIKAN

Ke hadapan saudara seislam di Arab Saudi dan negara Teluk, Ke hadapan saudara seislam di Yaman – Shiah dan juga Sunni,


Sebagai seorang Muslim, saya serta ramai lagi umat Islam, dan juga bukan Islam, di Malaysia ingin merayu kepada saudara kami agar menghentikan perang yang dahsyat ini.

Sudah ribuan yang terkorban. Sejuta anak-anak di Yaman kebuluran.

MENANG JADI ARANG KALAH JADI ABU

Dengan kematian dan kemusnahan ini, tiada siapa pun yang akan menang. Semua pihak kalah.

Semoga ada belas ihsan terhadap rakyat tidak bersalah yang menjadi mangsa kepada perang ini.

Dunia tergamam melihat tragedi buatan manusia ini. Umat Islam merasa malu. Hentikanlah penyembelihan yang sia-sia.

Paling kurang, benarkanlah ubat-ubatan dan makanan dihantar kepada rakyat Yaman yang sakit dan kebuluran.

HARAP DUNIA ISLAM BERSATU

Saya ingin merayu kepada umat Islam di seluruh dunia agar melaksanakan ajaran agama dan melakukan segala yang termampu untuk menghentikan perang ini.


Semoga warkah ini diberi pertimbangan yang sewajarnya.

Dr Mahathir bin Mohamad
Bekas Perdana Menteri Malaysia (1981-2003)

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment