Sudah banyak kali kena raba...kadang-kadang benda sulit kita pun diraba - Bung Mokhtar - maitengoklah!

IKLAN

Sudah banyak kali kena raba...kadang-kadang benda sulit kita pun diraba - Bung Mokhtar


Pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang merupakan satu kewajipan kepada penumpang sebelum menaiki pesawat. Pemeriksaan dilakukan bagi mengenal pasti barang-barang terlarang dan berbahaya seperti senjata api dan alatan tajam. Namun, ada individu tidak berpuas hati dengan mesin pengimbas di lapangan terbang Malaysia yang dikatakan terlalu sensitif.

Menurut Berita Harian, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar tidak puas hati kerana sering ‘diraba’ oleh pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan pengimbas lapangan terbang.

Bung mencetuskan suasana gamat apabila membuat kenyataan bahawa ‘benda sulitnya’ juga pernah diraba sewaktu prosedur imbasan badan tersebut!

“Saya sudah banyak kali kena raba, saya betul sakit hati kena raba, kadang-kadang benda sulit kita pun diraba, saya kata jangan raba… saya tidak tahu bila kita boleh berhenti raba-raba, mana boleh raba sana, raba sini, bahaya.”

Bung yang mengatakan bahawa pengimbas di negara kita terlalu sensitif, bengang kerana mesin tersebut bukan sahaja mengimbas alatan berbahaya tetapi turut mengimbas apa sahaja yang diperbuat daripada besi.

“Zip seluar lalu pun berbunyi, butang besi lalu pun berbunyi, sedangkan yang kita cari adalah benda yang benar-benar tajam dan tidak diingini. Asal ada besi, dia bunyi, lepas bunyi kena rabalah.”


Gambar Hiasan
Bung turut membuat perbandingan pengimbas di lapangan terbang Malaysia dengan mesin pengimbas di Eropah dan Singapura yang hanya sensitif kepada benda yang tidak diingini

“Mereka (pihak keselamatan lapangan terbang) kata mesin pengimbas di tempat kita paling murah dalam dunia sedangkan lapangan terbang kita harga berbillion ringgit.”

Ini bukanlah kali pertama Bung membangkitkan hal ini di Dewan Rakyat kerana dia pernah mengetengahkan hal yang sama di persidangan terdahulu, namun tidak mendapat maklum balas.

Kalau betullah pengimbas di lapangan terbang kita yang paling murah dan kurang kualiti, semoga pihak berwajib dapat menaik taraf dan menyediakan kelengkapan yang sewajarnya supaya dapat memudahkan prosedur imbasan di lapangan terbang.

bharian
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment