Sila berhati-hati! Akaun Twitter Guna Selfie Di Facebook Dan Instagram Untuk Tawar Khidmat Seks! - maitengoklah!

IKLAN

Sila berhati-hati! Akaun Twitter Guna Selfie Di Facebook Dan Instagram Untuk Tawar Khidmat Seks!


Perkongsian di laman sosial kini sepertinya menjadi kewajipan untuk bukan sahaja masyarakat Malaysia malah di luar negara.

Memuat naik selfie atau swafoto adalah antara perkara yang paling gemar dilakukan oleh kebanyakan individu yang memiliki laman sosial. Namun, hati-hati kerana swafoto anda berisiko untuk digunakan bagi tujuan yang salah!

Berkongsi selfie di laman Facebook atau Instagram bukanlah tindakan yang berbahaya, tetapi perkongsian yang disalah guna oleh individu tidak bertanggungjawab boleh mendatangkan kemudaratan.

Menurut mStar, sebuah akaun Twitter pornografi telah menggunakan gambar-gambar di media sosial untuk mencari pelanggan bagi menawarkan khidmat seks!



Berbekalkan selfie wanita-wanita yang dicuri dan seolah menggambarkan mereka sebagai pelacur, akaun Twitter tersebut mempromosikan kegiatan haram bermula daripada tawaran video seks sehinggalah khidmat pelacuran. Selain gambar selfie, ada juga foto wanita yang bergambar dengan pakaian kerja mereka.



Memberi arahan supaya memindahkan RM300 ke dalam sebuah akaun bank untuk mendapatkan khidmat yang ditawarkan, beberapa pengguna Twitter mendakwa bahawa akaun tersebut diwujudkan bagi tujuan penipuan kerana pemilik akaun tidak akan memberi maklum balas selepas bayaran penuh dibuat.

Menurut The Star, sekurang-kurangnya empat wanita telah menjadi ‘mangsa’ aktif di media sosial dan dua daripadanya bekerja sebagai guru. Akhbar itu malah turut menghubungi akaun pornografi berkenaan yang berpangkalan di Shah Alam dengan menyamar sebagai pelanggan.
Ya mereka semua gadis saya. Hantar wang kepada saya dan saya akan aturkan segalanya,” balas pengendali akaun tersebut.
Aktivis hak digital, Tan Sze Ming menekankan bahawa kes kecurian gambar ini menunjukkan bahawa trend jenayah siber melibatkan kegiatan penipuan, pelacuran dan fitnah di negara kita di tahap membimbangkan.

Individu yang mendapati gambar mereka telah disalah guna boleh membuat laporan kepada SKMM atau pusat bantuan Cyber999 CSM di https://mycert.org.my.

Memuat naik gambar di laman sosial tidak salah, tetapi kita perlu sentiasa berhati-hati dan tidak terlalu terbuka berkongsi gambar dalam talian bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

sumber : thestar
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment