Semata-mata Nak Jumpa Nurse Cantik, Lelaki Mintak Gigi Dicabut! - maitengoklah!

IKLAN

Semata-mata Nak Jumpa Nurse Cantik, Lelaki Mintak Gigi Dicabut!


Rupa paras yang cantik memang akan menarik perhatian orang ramai. Sebagai contoh, terdahulu kecoh kisah seorang pemilik kedai nasi ayam di Malaysia yang mendapat perhatian netizen kerana rupanya yang menawan, sekaligus menarik pelanggan untuk datang membeli di kedainya.

Terbaru, sebuah klinik pergigian di Taichung, Taiwan telah diserbu selepas tular gambar seorang jururawatnya yang cantik. Wah!



Menurut mStar, Ning Chen, 25, telah menarik perhatian netizen di Taiwan selepas gambarnya memakai uniform kerja tular.



Ning yang manis ini telah mula bekerja sebagai jururawat pergigian pada tahun lalu di Klinik Pergigian Dr. Min. Menurut The Sun, jururawat di Taiwan biasanya akan dipilih berdasarkan karakter mereka yang mesra dan rupa yang menarik supaya pesakit akan berasa kurang takut semasa menerima rawatan. Bagusnya Taiwan! Sangat memahami.



Sejak itu, dilaporkan ramai lelaki telah menyerbu klinik pergigian tersebut dan memberi pelbagai alasan supaya gigi mereka dicabut atau ditampal walaupun hakikatnya gigi mereka tidak bermasalah. Hal ini kerana mereka hanya mencari jalan untuk mendekati dan bercakap dengan Ning.

Walau bagaimanapun, lelaki-lelaki yang cuba mengorat Ning tidak tahu bahawa dia sudah pun mempunyai teman lelaki. Alahai melepaslah korang ye…

Ning juga dikatakan tidak kisah dengan perhatian yang diberikan kerana tidak mengambil serius dengan tindakan lelaki-lelaki yang berkunjung ke klinik tersebut. Dia menganggap perkara ini sebagai sesuatu yang lucu dan sangat gembira dengan kerjanya terutama melibatkan rawatan pemutihan gigi.



Instagram Ning kini mempunyai seramai 30,600 pengikut dek kerana rupanya yang menawan itu. Kesemua pengikut Ning rata-rata memuji rupa parasnya yang cantik. Mereka juga memberi gelaran ‘jururawat pergigian paling cantik di dunia’ kepadanya. Untunglah!

Saya gembira dengan pujian orang ramai. Saya juga bersyukur dengan perhatian yang diberikan oleh mereka semua.”

Wah! Nampaknya semakin majulah klinik pergigian tempat Ning bekerja kalau dah semua serbu situ walaupun yang tak ada masalah gigi. Untung jadi orang cantik ni ye.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment