IKLAN

Realiti sebenar pemetik buah di Australia terbongkar selepas wartawan ini menyamar membongkar kebenaranya!!


Seorang wartawan Malaysia yang telah menyamar sebagai pekerja luar bakal mendedahkan hasil siasatan beliau berkenaan karier pemetik buah yang popular bagi rakyat Malaysia di Victoria, Australia melalui satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan Australia minggu depan.


Saiful Hasam, wartawan Utusan Malaysia mendedahkan bagaimana pekerja-pekerja di situ dikawal mental mereka menggunakan agama dan dijerat dengan hutang yang membuatkan pekerja-pekerja di situ tidak dapat lari. Pemetik buah yang bekerja secara tidak sah dipancing ke Australia dengan kisah ganjaran tinggi, kata Saiful.

Namun apabila tiba di sana, mereka  menyedari gaji yang akan mereka perolehi sebenarnya kecil, pekerja hanya dibenarkan tinggal dalam keadaan sempit serta diperangkap dengan perjanjian kontrak yang merugikan mereka. Saiful memberi amaran yang operasi penipuan itu masih lagi berleluasa sehingga kini.


Kisah Saiful bermula pada 2016 apabila tiba di Australia untuk bekerja sebagai pemetik buah. DIa dijanjikan gaji RM360 untuk bekerja 24 jam dalam tempoh 4 hari. Majoriti wang gajinya diambil untuk membayar sewa rumah kecil yang terpaksa dikongsi dengan 11 orang pekerja lain dan pendapatannya hanya sekitar RM65 yang beliau perolehi dalam tangan..

“Kisah mereka semua sama,” kata Saiful. “Bagi kami, kami perlu mencukupkan kuota pokok yang dipetik hanya untuk membayar sewa rumah semata-mata. Pendapatan saya pula hanya cukup-cukup. SImpati saya melihat pekerja-pekerja diambil kesempatan kerana ramai di antara mereka betul-betul komited.”

Pendedahan Saiful melalui Fairfax Media tahun lepas mendesak kerajaan Australia memperkenalkan akta yang mengawal sistem perhambaan secara moden. Pihak penyiasat melalui sebuah jawatankuasa kini sedang menjalankan siasatan dan Saiful akan ke Australia bagi menyampaikan bukti yang telah beliau kumpul, minggu depan..


Apabila ditanya adakah pernah pihak pekerja menyuarakan kebimbangan pada pihak majikan, Saiful menjawab yang pihak majikan akan menggunakan agama sebagai hujah.

“Individu yang dilantik sebagai ketua kami kerap menenangkan pekerja yang mengeluh dengan meminta agar semua pekerja bersabar, ini semua mungkin dugaan bagi kami semua di Australia dan dia meminta kami berharap (berdoa) agar satu hari nanti kami akan mempunyai duit yang cukup,” ujar Saiful.

Jawatankuasa yang ditubuhkan bertanggungjawab untuk menyediakan laporan berkenaan apa yang telah berlaku serta mengusulkan cadangan yang mampu menyekat aktiviti perhambaan yang kerap berlaku di Australia ini.

Selepas pendedahan tahun lepas, pada bulan Ogos tahun ini, mahkamah Australia sudah pun mewajibkan semua syarikat yang mempunyai pendapatan kasar AUD100 juta tahunan untuk menghantar laporan berkenaan sistem pengambilan kerja yang mereka amalkan.


Wakil pihak persatuan penanam buah Australia yang dinamakan Citrus Austrlia, Tania Chapman pula meletakkan beban kesalahan kepada pihak pekerja asing yang menyalahgunakan visa merek. Menurut Tania, menyalahkan petani dan peladang tidak tepat, kerana majoriti yang berada di bawah CItrus Australia menggunakan saluran pengambilan pekerja yang betul.

“Kebiasaannya, syarikat peladang membayar amaun yang sepatutnya kepada syarikat yang menguruskan pekerja, namun apa yang berlaku, syarikat enggan menyerahkan amaun secara penuh kepada pekerja sebagai pendapatan. Ini mengakibatkan masyarakat Australia dipandang negatif kerana mengambil peluang kewujudan tenaga buruh murah,” kata Tania.

Pengenalan akta dan dasar yang lebih menyeluruh tidak membantu, ujar Tania. Apa yang lebih mustahak adalah sistem yang mampu mendedahkan pihak pekerja untuk mengetahui hak mereka sebagai pekerja asing. Tania menekankan agar pekerja yang masuk faham tentang tanggungjawab, hak dan undang-undang kemasukan pekerja asing Australia.


Apa pun pandangan yang disuarakan, yang kita harapkan adalah pendedahan berkenaan isu ini dapat diperjelaskan lagi melalui maklumat-maklumat yang bakal didedahkan oleh wartawan kita, yang cukup berani membahayakan dirinya sendiri dalam mencari kebenaran dan berkemungkinan menyelamat ribuan rakyat Malaysia yang sudah pasti menyimpan impian ke Austrlia, untuk memetik buah bagi menjana pendapatan tinggi.

Antara yang berlaku apabila wartawan Malaysia membuat penyamaran..

1. Diberi upah 2.00$ ke 2.30$ untuk setiap pokok yang dipetik. Difahamkan juga, perdapatan itu adalah di bawah gaji undang undang.

2. Saiful cuma berjaya memetik sekitar 5 pokok sehari dan jika didarabkan dengan gaji. Cuma cukup untuk membayar rumah sewa 70$ setiap minggu. Rumah sewa yang uzur tanpa pemanas dan disewakan beramai.

3. Jika ada siasatan mengenai polisi atau eksploitasi pekerja asing, kebiasaanya pekerja asing terpaksa membayar wang mereka atau mereka terpaksa dihantar pulang.

4. Susah untuk mendapatkan pekerjaan terus dari ladang itu sendiri memandangkan mereka bekerja secara kontrak yang tidak dikeluarkan Visa untuk mereka

Sumber: Utusan Online
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment