IKLAN

Pembantu Rumah Hidap Kanser, Apa Yang Majikan Ini Lakukan Akan Buat Anda Sebak


Kita sering disajikan dengan isu hubungan antara majikan dan orang gaji yang kadangnya baik, tetapi selalunya negatif seperti kes penderaan sehingga membawa kepada kecederaan yang teruk.

Namun, kisah ini sebaliknya akan membuatkan anda terharu kerana hubungan mereka yang ibarat sebuah keluarga.


Straits Times telah melaporkan, Mary Thavithurasa Rabinayaki, 58, ialah orang gaji dari Sri Lanka dan telah bekerja untuk sebuah keluarga di Singapura selama 3 dekad. 

Lamanya!

Majikannya yang sering berulang alik ke Australia mempercayai Mary sepenuhnya untuk menguruskan rumah dan menjaga 4 orang anak mereka serta menganggap dia sebagai ‘kakaknya’. Anak-anak majikan juga serasi dan amat menghormatinya.



Bukan itu sahaja, seluruh komuniti mengenali Mary dan amat senang dengan kehadirannya.

Dia seorang yang sangat peramah dan suka menyapa orang lain,” komen seorang jiran.
Malangnya, Mary yang mula bekerja pada umur 27 tahun itu, telah disahkan menghidap kanser paru-paru.

Walaupun pada awalnya dia telah pulih, namun, kansernya berulang kembali pada awal tahun ini.

Apabila disahkan menghidap kanser dan kos perubatannya menelan belanja yang tinggi, majikan Mary tetap berada di sisinya.

Malah, mereka bersepakat dan setuju untuk membiayai kos perubatan serta menguruskannya sepanjang dia sakit.



Bukan itu sahaja, kawan-kawan serta jiran sekeliling juga turut menghulurkan bantuan seperti memberi makanan kepadanya serta membawa Mary ke hospital setiap kali sesi kemoterapi. Wah! Bagusnya orang-orang macam ni.

Walau bagaimanapun, Mary telah meninggal dunia akibat kansernya pada minggu lalu dan sewaktu pengebumiannya, kesemua keluarga majikannya telah hadir. Malah, anak majikannya yang menetap di Australia turut terbang jauh dari negara itu untuk memberikan penghormatan terakhir.

Tak sangka masih ada lagi orang macam ni yang sanggup menjaga orang lain yang tiada pertalian darah pun dengan mereka. Harap mendiang Mary damai bersemadi.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment