Niat Wanita Ini Buat Kejutan Untuk Kekasihnya Terbantut Selepas Dia Saksikan Sendiri Teman Lelakinya Di Atas Ranjang - maitengoklah!

IKLAN

Niat Wanita Ini Buat Kejutan Untuk Kekasihnya Terbantut Selepas Dia Saksikan Sendiri Teman Lelakinya Di Atas Ranjang




Sebuah rakaman video yang memaparkan seorang wanita yang ingin membuat kejutan kepada kekasih hatinya tetapi terbantut kerana satu kejadian yang amat mengejutkannya telah berlaku di hadapan matanya sendiri.

Rakaman video yang kini sedang tersebar di laman Facebook itu dirakamkan sendiri oleh wanita berkenaan di kondominium milik teman lelakinya menggunakan kamera telefon bimbit menunjukkan wanita terbabit berada di dalam sebuah bilik tidur, lapor Viral Now.

Wanita cantik dan kelihatan seksi itu dilihat begitu gembira serta melakukan berbagai gaya di hadapan kamera sebagai usaha untuk menunjukkan keseksiannya kepada kekasih hatinya itu.

Kemudiannya, dia dilihat memasuki ke dalam almari yang bersebelahan dengan katil untuk bersembunyi dan akan membuat kejutan kepada kekasihnya nanti selepas kekasihnya masuk ke bilik tersebut.


Tidak beberapa lama selepas itu, pintu bilik tersebut kelihatan dibuka dan kelibat dua orang lelaki muncul di situ dengan penuh kemesraan sambil melakukan beberapa aksi-aksi yang amat mengejutkan, namun wanita itu tadi masih belum mengetahui tentang perkara tersebut.

Kemudiannya, kedua-dua lelaki tersebut saling berpelukan serta bercumbu seperti sepasang kekasih yang sedang mabuk cinta. Lelaki berbaju hitam dilihat telah membuka baju dan seluar lelaki berbaju putih sebelum dia sendiri membuka bajunya serta terus menolak lelaki berbaju putih itu ke atas katil.

Mereka kemudiannya saling berpelukan dan bercium seperti pasangan lelaki dan wanita yang ingin melakukan hubungan intim. Secara tiba-tiba, pintu almari kayu yang berdekatan dengan katil tersebut telah dibuka.

Wanita yang ingin membuat kejutan terhadap kekasihnya itu seperti tidak percaya dan merasa amat terkejut apabila dia melihat kekasih hatinya itu sedang mengadakan hubungan intim dengan seorang lelaki di atas katil.

Seperti tidak boleh menerima kenyataan yang kekasihnya itu seorang Gay, dia dilihat mengamuk dan melontarkan berbagai jenis barang yang terdapat di dalam bilik itu terhadap kekasihnya dengan penuh kemarahan serta kecewa.

Rakaman video yang berdurasi 2 minit 37 saat itu tidak menunjukkan kesudahan tentang kes berkenaan. Tetapi, kejadian itu dikatakan telah berlaku di Filipina dan tidak dapat dipastikan bilakah ianya berlaku.

Rata-rata netizen yang menonton rakaman tersebut mengatakan perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan ianya sesuatu yang amat memalukan apabila seorang lelaki melakukan perbuatan terkutuk itu dengan lelaki.

Sumber: Aliff Channel
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment