"Nak berdoa ke nak promote" - Netizen ‘Tegur’ Joy Revfa - maitengoklah!

IKLAN

"Nak berdoa ke nak promote" - Netizen ‘Tegur’ Joy Revfa


NAMA Joy Revfa sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi oleh kerana isu pergolakan rumah tangga dengan bekas suami, penyanyi Hafiz Hamidun.

Hilang daripada radar buat beberapa ketika, kini wanita jelita ini kembali mencuri perhatian warga media sosial apabila gambarnya sedang berdoa di masjid Nabawi, Madinah dipertikai netizen.

Menerusi gambar tersebut, Joy dilihat sedang menadah tangan sambil berdoa tetapi itu bukanlah topik utama yang menjadi perbincangan netizen.



Apa yang hangat diperkatakan oleh netizen sebenarnya ialah Joy menadah tangan sambil berdoa bertentangan dengan arah kiblat dan mengenakan solekan ketika beribadah.

Perkongsian tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen dan rata-rata antara mereka menganggap Joy seolah-oleh tidak menghormati tempat suci itu.






Hmmm…Bukan nak menyebelahi mana-mana pihak tapi kalau boleh tanggapan kita terhadap orang itu yang perlu dititikberatkan terlebih dahulu.

Hal ini bagi mengelakkan kita tergolong dalam insan yang cepat menghukum sekaligus menjauhi fitnah. Apa-apa pun, eloklah jangan terlalu mendedahkan kisah peribadi untuk tatapan media sosial.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment