IKLAN

Nak beli rumah di Malaysia, kena gaji RM10K baru layak!!

Gambar Hiasan
Anda memiliki rumah sendiri? berapakah pendapatan isi rumah anda sekarang?

Mengikut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik dan Jabatan Penilaian dan Khidmat Hartanah, hanya isi rumah yang berpendapatan sekurang-kurangnya RM 10,757.00 mampu membeli rumah pada harga purata yang dijual dinegara ini.

Purata harga rumah pada tahun lepas adalah RM 387,258.00 sedangkan pendapatan median rakyat Malaysia hanya RM 5,228.00 sebulan. Purata harga rumah pada tahun 2014 pula ialah RM 280,886.00.

Ia menjadikan purata harga rumah mencapai tahap “harga tidak mampu milik” (severely unaffordable) berdasarkan perkiraan asas Pendaraban Medium Demografia Antarabangsa, 1/3 daripada pendapatan median isi rumah tahunan untuk memiliki rumah pada harga purata.

Hampir 80% isi rumah Malaysia berpendapatan kurang dari RM10,000.00, 41% daripada jumlah itu berpendapatan kurang dari RM5,000.00 sebulan, bersamaan 2.33 juta rakyat Malaysia.

Harga rumah di Kuala Lumpur sudah mencapai RM700,000.00 seunit, untuk kadar purata paling mahal bagi seunit.

Bukan hanya disemenanjung, pendapatan median penduduk Sabah dan Sarawak hanya sekitar RM4100.00 sebulan, sedangkan harga rumah disana juga tinggi.

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengawal kenaikan harga rumah, antaranya dengan Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT) selain memperbanyakkan rumah-rumah mampu milik dibawah bawah kerajaan.

Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak dijangka memperkenalkan pelan-pelan untuk mengatasi masalah ini pada pembentangan bajet 2018 minggu hadapan.

Gambar Hiasan
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment