IKLAN

"Musang King Tiruan Semakin Berleluasa?"


Heboh sekarang ni seperti yang sedang viral di laman facebook, durian yang dijual dengan harga yang murah dan longgok di Kampung Gajah, Perak. Post itu telah dikongsikan lebih dari 1000 orang di laman sosial terbabit. Rata-rata kebanyakan rakyat Malaysia memang menggemari raja buah ini terutamanya Musang King.

Oleh disebabkan itu, terdapat segelintir peniaga di Malaysia telah mengambil kesempatan dengan menjual durian dengan harga yang tinggi melampau. Seperti yang diketahui ramai, Durian Musang King memang mendapat permintaan yang tinggi walaupun dijual dengan harga yang mahal.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata terdapat segelintir peniaga didapati telah menjual Musang King ‘tiruan’ iaitu durian jenis lain yang telah dilabel sebagai Musang King bagi mengaut keutungan yang belipat kali ganda.

Peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab ini telah menyasarkan pelancong dari luar negara yang pastinya tidak begitu arif tentang jenis-jenis durian yang terdapat di Malaysia.

Untuk memastikan kes penjualan Musang King tiruan ini, pihak kementerian sedang bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memastikan durian Musang King akan dilabel terlebih dahulu sebelum dipasarkan.

Jika didapati ada pihak yang menyalahgunakan label tersebut, Pihak kementerian akan mengenakan tindakan dibawah Akta Perihal Dagangan 2011.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment