"Mengadu sengugut ingin ke tandas, keluar tandas bawak bayi!" - maitengoklah!

IKLAN

"Mengadu sengugut ingin ke tandas, keluar tandas bawak bayi!"


Masalah gejala sosial kini semakin serius. Pergaulan bebas tanpa batasan antara lelaki dan perempuan tidak kira umur juga semakin menular. Bukan itu sahaja, dengan kehadiran media sosial, anak-anak remaja terutamanya, semakin berani untuk membuat perkara maksiat dan pandai menyembunyikannya daripada pengetahuan ibu bapa.

Baru-baru ini, seorang ibu terkejut apabila mendapati anak perempuannya yang baru berusia 15 tahun telah melahirkan seorang bayi di dalam tandas awam, lapor mStar.

Gambar Hiasan
Pada petang semalam (21 November), wanita itu telah keluar bersama suami, anak perempuan dan anak lelakinya ke sebuah pusat membeli belah di Kota Kinabalu, Sabah. Namun, semasa di mall tersebut, anak perempuannya mengadu mengalami senggugut dan sakit perut sebelum pergi ke tandas.

Walau bagaimanapun, selepas satu jam berlalu, anaknya masih belum keluar membuatkannya bimbang dan segera mencari gadis itu di tandas berkenaan. Sebaik tiba di tandas itu, alangkah terkejutnya wanita berkenaan apabila mendapati anak gadisnya sedang mendukung seorang bayi yang dipenuhi dengan darah!

Wanita dan suaminya kemudian bergegas membawa anak dan bayi tersebut ke hospital serta membuat laporan polis. Menurut ibu bapa remaja terbabit, mereka langsung tidak sedar bahawa gadis itu sedang sarat mengandung.

Apabila diminta diberikan penjelasan kepada ibu bapanya, remaja perempuan itu mengakui pernah melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya yang berusia 17 tahun. Tambahnya lagi, dia dan remaja lelaki tersebut sudah pun berpisah sejak lima bulan yang lalu.

Menurut Ketua Polis Penampang, Supritendan Rosley Hobden, remaja perempuan itu dan bayinya kini berada di Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut dan usaha mencari bekas kekasihnya masih dijalankan.

Semoga keluarga ini tabah menghadapi dugaan ini dan harap polis dapat mencari bekas kekasih remaja itu serta mereka dapat selesaikan hal ini dengan segera.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment